Pages

Friday, January 30, 2009

Alumni MPR

Dua hari lepas, aku telah TERbuka laman web DBP. Adalah sebab aku melayari laman web nie. Kalau xda sebab, jarang sekali aku g website nie. Then, terbaca mengenai Alumni MPR.. SO, secara automatik, terimbaslah kembali kenangan aku masa menyertai program ini.
Sebenarnya, aku tidak merindui sangat keadaan semasa berada dalam program tue. Tapi masih ada perkara yang aku rindui. Tipulah kalau aku kata tiada langsung.
Satu - satu perkara yang aku rindu saat teringat MPR (Minggu Penulis Remaja) ialah seorang kawan bernama Suzie. Nama sebenarnya aku lupa..wawa. Aku rasa dia baik sangat. Bukanlah baik macamner..maksud aku, sepanjang aku berada di sana, dia jaga aku dan buatkan aku rasa dia memang rakan yang baik.. Lagipun, tinggal kat Genting Highlands selama seminggu tu, dia sahaja yang berhati baik.. Yang lain2 tu, aku rasa semuanya hipokrit. Kenapa aku kata hipokrit, biarlah aku sahaja yang tahu. Lagipon cerita lama. Dan ia mengajar aku erti menilai seseorang itu..

Hari nie punye crite lak.. Em,.sekali lagi aku pergi ke Putrajaya.. Kali ni nak submit application lak..

p/s: Tak sabar menanti ahad utk pulang ke kg.. hati2 di jln raya.

Wednesday, January 28, 2009

Hari2 Terakhir D' Januari

Hari ni aku menuju lagi ke Putrajaya. Memandangkan arini masih ramai lagi yang belum mula kerja (expecially yg smbut chinese new year), aku melalui hway PLUS utk ke Putrajya. Kebiasaannya, aku akan melalui MEX (Maju ExpressWay) utk ke Putrajya. Memang tol mahal skit kalau melalui MEX..tapi xpe, bukan duit aku..duit syarikat..
Pada fikiran aku, mungkin xramai orang kat Immigresen tu, adui ai..ramai juga. Tapi mujur, kaunter untuk kes aku nie, x ramai pengunjungnya. Tak da apa yang menarik kat sana hari ini.
Malam ni, aku nekad nak mula buat assigment. Setiap hari, setiap malam..semangat aku sentiasa berkobar - kobar untuk memulakan tugasan. Tapi setiap kali laptop di swtich on, aku tetap melayari internet berjam - jam tanpa memulakan tugasan. Atau aku akan mula tgk Magical Girl Lyrical Nanoha / All About Eve.. Mcmner yer..
Cepatnya Januari ini ingin berakhir.. Ingin ku renung sejenak apa perkara yang dah berjaya aku selesaikan untuk bulan pertama 2009 ini.. Em.. Impian aku untuk 2009, belum ada langkah.. Ntah bila nak mula, aku pon tak psti.. Tu lah manusia, suka bertangguh..
Apapon yang dah selesai ialah kursus kahwin.. wawa.

Dear my lover..
Jaga diri semasa bertugas..

Tuesday, January 27, 2009

Hari - Hari d' Kalumpang..

Semalam, aku bermalam di Kalumpang, Selangor. Kalumpang terletak di daerah Hulu Selangor dan berhampiran atau bersempadanan dengan Tanjung Malim, Perak.. Jadi, cuti ni aku xdalah balik kampung. Xpelah kan, yang pasti aku ada tempat di tuju dan mak aku tau aku pergi maner.
Sebenarnya, xda apa yang menarik kat tempat ni. Tujuan aku ke sana ialah menginap di rumah seseorang dikenali yang baru berpindah ke Kalumpang.
Sampai di Kalumpang (taman apa ntah, aku x igt - yg aku pasti taman tu belakang stesen minyak Caltex) dalam pukul 4.30pm. Aku minum petang, sembang2, main2 dengan si kecil Iman dan mandi.. Terus membawa ke malam.
Malam tu, pergi menziarah seorang rakan lama makcik.. Sembang kat rumah tu sampi pukul 11.15pm. Lebih kurang dua jam di sana. Aku dah mengantuk2.. Makan mee. Pastu, makcik tu bagi satu botol air bukit. Air tu ditadah di kaki bukit fraser.. Air itu tidak perlu di masak. Penuh garam mineral. Sedap air tu.!
Hajat utama aku di kalumpang adalah untuk mandi air sungai atau air panas kat Kalumpang nie. However, hajat aku tu tak terlaksana pon. Pagi tadi, aku cuma sempat pusing2 kat Pekan Tanjung Malim. Bukan g mana pon. G pasar kat Tanjung Malim je..

oh ya, sebelum terlupa..maxis broadband - signal nyer xbaguslah.. Aku rasa nak terminate kan lah maxis broadband nie..

Dear my lover..
Lovee me forever tau..

Saturday, January 24, 2009

Online di mana - mana!..

HAri ni akan mula cuti panjang. Untungnya berada di Malaysia,banyak cuti.! Kaum lain beraya, aku pon bercuti sama!. Best jer kan.! Mengikut pada kebiasaan aku, aku dah boleh balik kampung hari ni. Tapi memandangkan, aku akan berkursus kawin ari ni, jadi InsyaAllah aku akan kembali ke kampung pada ari isnin. Itulah rancangan utama. However, aku ada plan lain. Pergi bercuti ke tempat lain.. Yang ini, aku belum decide lagi. Pening!. Mak aku macam bagi keizinan tapi ayat my mom ni selalu buat aku serba salah. "Tak tau lah aku Ja. Ikut suka ko lah."..Dalam nada berseloroh.. Ishh..macamner nie.. Dia izin ke tak nie..?

Semalam, bermula lah pengaktifan my maxis broadband. Selama ni, aku mengakses internet menggunakan WiFi yang aku boleh terima terus ke rumah aku. Jadi apabila aku test guna Maxis Broadband, hanya dapat 3.62Mbps.. Dan paling rendah signal yang aku dapat malam tadi 540kps.. Jadi, baguslah lagi signal yang aku terima dengan menggunakan WiFi. Diaorang boleh bagi aku signal 5.5Mbps.. Tapi takpe, tujuan aku ambil Maxis Broadband ialah untuk memudahkan aku mengakses internet semasa di kampung dan juga di bakal tempat tinggal baru aku.. (xpasti lagi nie)..

Jadi, semasa cuti ni aku akan cuba Maxis Broadband dan melihat berapa Mbps yang diaorang dapat berikan kepada aku semasa di kampung..

Ja Ne..

Thursday, January 22, 2009

Ambil Kesempatan..!

Dalam dunia nie ataupun dalam kehidupan kita seharian, perkara ini tidak pernah lari dari kehidupan kita. Samaada kita lakukan terhadap orang lain atau orang lain lakukan terhadap kita. Kadangkala, kita akan menganggap ia sebagai suatu pertolongan. Akan tetapi, ia sebaliknya kepada mereka yang kita tolong. Mereka tu sebenarnya nak mengambil kesempatan. Dan kita pulak kadangkala nak menyedapkan hati dan mahu menjadikan ia sebagai suatu perbuatan yang baik dan ikhlas, kita akan kata ia adalah pertolongan kita terhadap orang itu.
Antara ambil kesempatan dengan membantu/memberi pertolongan, bagaimana kita nak bezakan keadaan itu..?
Golongan manusia dewasa ini, amat sukar kita mengenali keikhlasannya. Tambahan pula, keikhlasan adalah sesuatu yang amat sukar dihakimi dengan mata kasar..
Lagi satu sindrom kat dalam kehidupan kita yang semakin berleluasa ialah sindrom dah senang, nak lagi senang.. Ia bukan merujuk kepada harta/wang tapi kepada kerja. Dah senang, nak lagi senang tapi tidak berkualiti.. Boleh masuk tong sampah hasil tu..(aku pinjam kt pensyarah aku jap..hehe)

Wednesday, January 21, 2009

Innocent LOVE..! New Japanese Drama

Ok. Innocent Love. Ini drama terbaru jepun yang aku ingin tonton. Macam biasalah, aku akan tontonnya di internet sama ada di YouTube atau Mysoju. At dis moment, drama ini masih lagi ditayangkan di stesen tv Jepun. Dah masuk episod kebrape, aku sendiri. Aku ada baca sinopsis cerita ni kat majalah mane ntah, aku sendiri x pasti. Cerita nie macam 'berat' skit jer..



Kita masuk bab pelakonnya. Pelakon wanitanya, Maki, aku dah pernah tgk drama lakonannya. Dia pernah memenagi award bagi kategori pelakon wanita terbaik melalui drama Hana Kimi - Japanese version.. Dia ni semakin tembam lak..wawa.

hari memeningkan..

Setelah bbulan aku asyik ulang alik ke Imigresen, Putrajya..hari ini barulah aku trasa betapa bosan dan memeningkan kepala drive ke sana. Aku rasa nk muntah. Dengan cuaca yang panas pagi tadi shingga tengahari ~ betul2 buat aku tak selesa spanjang perjalanan. 11.15 aku masih di Putrajaya dan kemudian nak mengejar masa, pukul 11.45 mesti berada di Kg.Pandan. Sebab aku ada tugasan keluarga.Aku kena jemput si kecil,Anis tu dari sekolah dan hantar ke Pusat Asuhan lak.. Terkejar2 masa. Lagi nak pusing kepala aku ni. Ni pun, aku baru balik dari Jalan Duta. Mujur cuaca tak seterik tengahari tadi. Traffik pun okay.
Patutlah orang lama dulu, kadang2 rasa give up dengan benda2 macamnie. Igt asyik wat keje luar tu menyeronokkan??!! Kalau g site tu pun, ada best..ada x bestnyer jg.
Kejap duk ofis, kejap wat keje luar..barulah keje tak membosankan. Itulah aku rasa.

Thursday, January 15, 2009

I.D.E.A

Idea..!! Idea.!!Cepatlah datang dalam kotak pemikiran, di dalam minda aku nie.
Aku perlukan idea sekarang.. Nak siapkan tugasan. Nak wat persiapan perkahwinan lagi. Dengan tekanan yg ntah bagaimana lak boleh muncul ~ aku pun tak pasti. Tekanan yang aku maksudkan ini ialah kerisauan seseorang thadap tindakan yang aku ingin ambil dalam masa 5 bulan akan datang. Aku jadi bengang.buntu.tekanan. Sedangkan perkara ni tak patut timbul. Mungkin juga silap aku.Kerana melenting tanpa sebab dan tak tahu nak bersabar dan tenangkan fikiran dalam keadaan tersebut. Menyesal juga tindakan melulu aku tadi.. Akhirnya, aku sendiri yang berada dalam tekanan.!

Monday, January 12, 2009

Assigment Yg 'BERAT'

Lama tak melayari internet..kerana apa? Kerana ada kerja lain. Kalau aku tak ada kerja, melayari internet macam dah jadi habit lak. Kadang2 tu rindu juga kat tue.
Dua hari ni, aku g ulang alik ke UPM tapi sesuatu yang tak sangka ialah aku sempat balik kampung halaman semalam dan kembali ke KL pagi ini. Tapi itu semua atas sebab - sebab tertentu dan biarlah sebab itu menjadi cerita aku dan keluarga serta mereka yang terdekat.
Banyak juga tugasan untuk sem. ini tapi yang agak mengembirakan aku sedikit ialah apabila ada di antara tugasan tersebut(terutama yang kritikal) adalah tugasan individu. Antara tugasan sec. individu dan group, aku lebih 'berkenan' dengan tugasan secara individu. Semuanya juga atas sebab2 tertentu dan biarlah aku aje yang menyedarinya kenapa.
Assigment kali ini agak berat tapi aku rasa memang patut pun memandangkan jurusan yang aku ikuti serta melihat kepada tahap semester berapa aku berada. Itu semua perlu di ambil kira. Nak senang dan mudah, xpayah belajar. Xda orang yang paksa aku mengikuti pengajian ini...jadi jangan nak menyalahkan orang, nak mengeluh, nak give up atau apa2 yang melemahkan sebab apa yang sedang berlaku kini adalah aku sendiri mahukan.
Aku yang pilih jalan ini. ~Kata - kata ni ditujukan kepada diri sendiri~.!
Setiap jalan yang aku lalui kini, adalah pilihan sendiri..jadi aku mesti menjadi seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pilihan ini.!

Wednesday, January 7, 2009

Magical Girl Lyrical Nanoha! Season 3...

Tak sangka aku dah download anime nie sehingga season 3. Season 3, Nanoha-chan da jadi dewasa. Orang lain semua dah panggil dia Nanoha-san.. haha..maknanyer dia sudah menjadi kakak di kalangan yang lain.. Tapi mcm boring skit lak season 3 nie. Anyway, aksi tetap ada..

Tadi, aku berkesempatan pergi ambil modul untuk semester baru nie. Macamni lah setiap kali sem baru bermula. Semangat berkobar - kobar. Wah wah.. Aku memang tak sabar nak tunggu Sabtu ni~Nak g Face To Face pertama kat UPM tu. Nak jumpa lecturer yang bakal bagi markah tugasan kat aku.. Tapi yang bakal mengajar orang lain.. Macam ne tue.? Itulah PJJ - Pengajian Jarak Jauh. Aku tgk cover modul pun dah ada perbaharuan. Cover sahaja lebih berseri tapi isi dalam buku tu tetap sama. Jangan nilai buku dari kulit nya! Istilah tu dah membawa maksud yang pelbagai sekarang nie. Macam orang zaman sekarang suka kata, "perempuan bertudung tu tak semestinya baik.".. Tak tercabar ke korang yang pakai tudung bila ada orang bagi anggapan begitu.. Ada di antara tu, perempuan sendiri kata.. Ishh..Aku tercabar!..

Apa yang menanti esok..? Hari yang sibuk skit..! Tapi tak pe, aku suka...

Agresif kah aku..?

Hari ini ada short meeting skit dengan GM aku dan new engineer. Perbincangan mengenai 'site visit' esok. At the last meeting, GM aku ni tanya kat engineer ini, macamne Iza ini, dia agresifkah.?
Then, engineer baru nie tanya aku lak..kenapa bos cakap macam tue? Kau nie agresif kah.? Tue dia!..
Aku nie agresifkah..?hihii..

Tuesday, January 6, 2009

Histeria!!

Last weekend, i watched Histeria di cinema, Alamanda. Teringin nak tgk movie ini memandangkan cerita ini telah berjaya mengalahkan Cicak Man dari segi kutipan wang nya. So, apa pendapat korang mengenai mengapa Cicak Man tewas di tangan filem Histeria ini.? Selama ini, kita di war - war kan dengan kehebatan Cicak Man ~ Planet Hitam dan juga kesinambungan dari kejayaan filem Cicak Man yang terdahulu, mesti akan ada sesuatu yang membuat umum ingin pergi menontonnnya.
Apapun, movie ini bukanlah kategori 'Habiskan Duit Tiket Wayang'. Berbaloi membayar wang untuk tiket movie ini. Pelakon yang paling aku suka kat dalam movie ini ialah Scha. Aku tak minat padanya tapi di dalam movie, lakonan yang paling aku suka ialah Scha. Itu je.!
My lover..
Thanks for belanja.!

Monday, January 5, 2009

My Car Menjadi Saksi..

Nak tahu apa terjadi di kawasan aku beberapa hari yang lalu.? Berlaku satu cubaan merompak di sebuah kedai kek yang selang beberapa buah lot kedai dari pejabat aku..
Sebenarnya, sebelum kejadian tersebut berlaku, aku baru beberapa minit pulang ke rumah yang berada di tingkat atas lot kedai itu. Sambil berbual dengan lover, aku dengar jeritan. Aku cuba melihat ke bawah, tapi suasana kelihatan tenang. Dalam hati terdetik juga 'Kalau ada orang gaduh sekalipun, janganlah kena kat kereta aku.'
Lebih kurang 15mint kemudian, aku bercadang untuk keluar. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, aku melihat orang ramai dengan kenderaan polis turut berada di situ. Aku melihat ke arah yang menjadi tumpuan ramai, oh tidak!. Ia tertumpu di kereta aku. Aku dah gelabah. Habislah kereta aku. Menurut cerita, seorang penyamun telah cuba menyamun kedai kek tersebut. Penyamun tersebut bersenjatakan parang. Di dalam kedai kek tersebut terdapat dua orang pekerja ~ adik beradik yakni owner kedai itu. Yang adik telah mengambil pisau pemotong roti dan melibas belakang pinggang penyamun tersebut. Manakala yang abang telah terkena libasan parang penyamun tersebut di bahagian kepala. Pergelutan atau pergaduhan antara mereka membawa ke luar kedai -iaitu kaki lima kedai. Di hadapan kaki lima kedai itu terletaknya kereta aku. Darah mengalir ke bawah kereta. Sebelum itu, aku bimbang kereta aku terpalit darah - darah mereka. Setelah periksa, mujur tiada darah terpalit pada kereta. Namun, untuk beberapa saat / ketika, aku tidak berani menghampiri kereta itu. Kebetulan, aku memang nak jumpa tunang aku pada malam itu. Dia nak ambil kereta itu untuk di servis. Jadi, kedatangannya aku nanti untuk mengalihkan kereta itu. Hamisnya bau darah!..

Friday, January 2, 2009

Hari2 Mberangsangkan..!?

Aku masih lagi berfikir, apakah impian aku bagi 2009 ini? Sebenarnya, aku belum lagi menyenaraikan apakah impian - impian aku bagi 2009. Mungkinkah aku sudah menjadi seorang gadis yang tidak bercita - cita besar lagi? Seorang gadis yang penuh dengan impian yang warna - warni. Tidak! Aku takut memikirkannya. Kerana seseorang yang tiada impian, ibarat mereka yang tewas ditangan sendiri. LEmah dalam segala - galanya.
Seperti yang pernah aku tulis dalam post sebelum nie, impian aku di 2009 ialah membawa impian 2008 yang tidak dapat aku penuhi di 2008. Antara 3 impian aku di 2008, hanya 1 sahaja dapat aku penuhi. Alhamdullillah. Dua lagi, aku harap dapat penuhinya di 2008.
Pertama, aku nak terbitkan sebuah buku. Bukanlah aku menjadi penerbit. Maksud aku ialah menghasilkan sebuah buku. Aku masih lagi memikirkan apa jenis buku itu. Dari last year, aku mencari rangka bagi buku aku ini tapi sering ia di fikirkan semula. Aku kadang kala buntu kerana setiap kali ada idea, idea itu kemudian menjadi layu semula. Semangat sering turun naik. Susah nak maintain. Nak tulis secara berterusan, aku jenis cepat bosan terhadap sesuatu itu. Dan ia membuatkan aku sukar juga menghasilkan penulisan dalam kadar segera. Macamne ekk.?
Impian aku yang ketiga ~ aku nak dapat keputusan yang paling baik. Paling bagus. The bestt..!! Aku target pointernya. Tapi xdapt juga capai. Walaupun ada peningkatan, tapi ia masih belum mencapai sasaran. Jadi, aku akan terus mencuba.

Dan kini, ada sesuatu perkara yang aku ingin terus lakukan di tahun 2009. Iaitu AKU INGIN PASTIKAN BAHAWA HARI - HARI AKU LALUI ADALAH SANGAT BERMAKNA. Setelah aku fikir-fikirkan, perkara yang paling baik dan bakal membuatkan aku gembira ialah, pastikan apa yang dilakukan adalah samada dalam pelajaran atau pekerjaan ialah melakukan yang terbaik. Utk kepuasan diri sendiri yang utama. Mungkin untuk memberi kepuasan atau memenuhi kehendak orang lain adalah sukar tapi yang penting aku nak gembira kan diri sendiri terlebih dahulu dan menghargai diri sendiri adalah lebih penting..


Berdiri demi diri sendiri.

Thursday, January 1, 2009

Vampire Knight Guilty FINAL..!

I was crying!.

Vampire Knight Guilty berakhir sudah. Adui ai, ntah apa yang sedih sangat kat ending nyer tadi..aku pun tak pasti. Yang pasti, berair lah juga mata nie tadi.
Aku gembira sangat apabila Yuuki memilih untuk bersama Kaname Kuran. (Aku suka Yuuki + Kaname berbanding Yuuki + Zero.) Watak Kaname sangat kelelakian. Wujud je kat alam nyata? Tak kot. Sedangkan Vampire tu pun belum pasti wujud!
Apapun, aku sangat teruja ketika ini. Ntah berapa kali aku akan ulang tayang anime ini. Mungkin sehingga aku dah jemu. atau mungkin sehingga aku dah hafal jalan cerita setiap episod.
Tak sabaaar menanti next season.!

Vampire Knight Guilty.. I luV iT..!

To my love:
Selamat Tahun Baru. Selamat datang 2009.