Pages

Saturday, March 19, 2011

[p.e.r.a.s.a.a.n]

Kata orang penantian suatu penyiksaan.
Bagaimana dengan kata aku pulak.? Siksa tu tidak sakit, namun ia membuat hati tidak keruan sehingga tidak tahu apa patut dilakukan. Nak menanti, atau nak lakukan perkara lain. Sudah dua kali melakukan ujian tersebut tetapi tiada lagi tanda positif. Namun aku yakin dan percaya kepada kuasa Allah, InsyaAllah akan berhasillah ia. Aku akan terus menanti dari minggu ke minggu sehingga petanda yang jelas muncul. Petanda awal memang kelihatan tetapi sukar untuk disimpulkan sehingga ke hari - hari seterusnya. InsyaAllah, akan ada..
Aku akan terus menanti.

Friday, March 4, 2011

[G.0.0.D L.U.C.K]

Ucapan yang mudah, ringkas dan mungkin merangkumi segala maksud. Adanya ucapan itu, tidak perlu seseorang itu nak mengarang ayat yang lebih panjang atau ambik pen & kertas dan mengarang sebuah ucapan terbaik utk seseorang itu... Segalanya perlu xpress utk zaman global ini. Satu doa yang diringkaskan tetapi banyak pengertiannya.[tapi ikhlaskah mereka2 ini..?]. Keikhlasan orang, jangan dipertikaikan...Ada ketika, yang zahir kelihatan lebih penting dari memikirkan batin seseorang itu kerana..jika pelbagai andaian di lakukan, kemungkinan akan bertukar kepada fitnah... B.e.r.d.o.s.a tak fitnah itu..? Tentulah...
Diakui, kadang kala kita tidak akan ikhlas dalam sesuatu perlakuan. Kalau seseorang itu tidak ikhlas, masakan yang sedap tiap2 hari itu pn akan terlebih masin gara - gara memasak dalam keadaan yang marah or tidak iklhas.
Apapun, aku nak dedikasi kan lagu 'S.E.N.Y.U.M' untuk semua yang membaca entry ini... Tapi ada pembaca ker..? end.
*gud luck utk staff kt ofis yg seperti ada angin nk bpindah.

Tuesday, March 1, 2011

[m.a.s.a]

Kata orang masa boleh mengubat segala rasa. Samaada ia kedukaan, kegembiraan, kemarahan dan sebagainya. Hari ini kita akan ketawa gembira tapi esok kita akan bersedih kedukaan. Hari ini kita bersedih tapi esok atau lusa kita akan gembira semula. Hari ini kita akan mengalami rasa amarah tapi amarah itu akan reda setelah melalui beberapa peringkat masa. Amarah itu mungkin tidak reda secepat masa yang diambil untuk kita ketawa, tetapi ia akan tetap akn reda. Ada yang mengambil 2-3 hari. Ada juga mengambil sebulan. Ada yang mengambil 2-3 tahun. Kemarahan mungkin akan sedikit reda, tapi ada sesetengah kes itu, amat sukar memohon kemaafan krn perkara berkaitan kemarahan itu tadi.
Dalam hubungan suami isteri, tiada amarah yang benar - benar wujud. Ia cuma 'alternatif' untuk mengindahkan lagi kemesraan suami isteri. Tiada 'gaduh-gaduh manja', maka tidak wujudlah pujuk rayu si suami atau si isteri terhadap pasangannya. Namun apabila babak amarah ini bertukar kepada kebosanan kepada pasangan untuk memujuk, harusla kita berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena perlu difikirkan, dikaji dan mencari penyelesaian.
Hari ni, 'perasaan amarah' yang membelenggu sedikit 'sejuk'. Istilah kemaafan tiada dalam kes ini. Namun amat sukar menerima perlakuan individu tersebut. ~end.