Nak tahu apa terjadi di kawasan aku beberapa hari yang lalu.? Berlaku satu cubaan merompak di sebuah kedai kek yang selang beberapa buah lot kedai dari pejabat aku..
Sebenarnya, sebelum kejadian tersebut berlaku, aku baru beberapa minit pulang ke rumah yang berada di tingkat atas lot kedai itu. Sambil berbual dengan lover, aku dengar jeritan. Aku cuba melihat ke bawah, tapi suasana kelihatan tenang. Dalam hati terdetik juga 'Kalau ada orang gaduh sekalipun, janganlah kena kat kereta aku.'
Lebih kurang 15mint kemudian, aku bercadang untuk keluar. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, aku melihat orang ramai dengan kenderaan polis turut berada di situ. Aku melihat ke arah yang menjadi tumpuan ramai, oh tidak!. Ia tertumpu di kereta aku. Aku dah gelabah. Habislah kereta aku. Menurut cerita, seorang penyamun telah cuba menyamun kedai kek tersebut. Penyamun tersebut bersenjatakan parang. Di dalam kedai kek tersebut terdapat dua orang pekerja ~ adik beradik yakni owner kedai itu. Yang adik telah mengambil pisau pemotong roti dan melibas belakang pinggang penyamun tersebut. Manakala yang abang telah terkena libasan parang penyamun tersebut di bahagian kepala. Pergelutan atau pergaduhan antara mereka membawa ke luar kedai -iaitu kaki lima kedai. Di hadapan kaki lima kedai itu terletaknya kereta aku. Darah mengalir ke bawah kereta. Sebelum itu, aku bimbang kereta aku terpalit darah - darah mereka. Setelah periksa, mujur tiada darah terpalit pada kereta. Namun, untuk beberapa saat / ketika, aku tidak berani menghampiri kereta itu. Kebetulan, aku memang nak jumpa tunang aku pada malam itu. Dia nak ambil kereta itu untuk di servis. Jadi, kedatangannya aku nanti untuk mengalihkan kereta itu. Hamisnya bau darah!..
No comments:
Post a Comment