Lama tak melayari internet..kerana apa? Kerana ada kerja lain. Kalau aku tak ada kerja, melayari internet macam dah jadi habit lak. Kadang2 tu rindu juga kat tue.
Dua hari ni, aku g ulang alik ke UPM tapi sesuatu yang tak sangka ialah aku sempat balik kampung halaman semalam dan kembali ke KL pagi ini. Tapi itu semua atas sebab - sebab tertentu dan biarlah sebab itu menjadi cerita aku dan keluarga serta mereka yang terdekat.
Banyak juga tugasan untuk sem. ini tapi yang agak mengembirakan aku sedikit ialah apabila ada di antara tugasan tersebut(terutama yang kritikal) adalah tugasan individu. Antara tugasan sec. individu dan group, aku lebih 'berkenan' dengan tugasan secara individu. Semuanya juga atas sebab2 tertentu dan biarlah aku aje yang menyedarinya kenapa.
Assigment kali ini agak berat tapi aku rasa memang patut pun memandangkan jurusan yang aku ikuti serta melihat kepada tahap semester berapa aku berada. Itu semua perlu di ambil kira. Nak senang dan mudah, xpayah belajar. Xda orang yang paksa aku mengikuti pengajian ini...jadi jangan nak menyalahkan orang, nak mengeluh, nak give up atau apa2 yang melemahkan sebab apa yang sedang berlaku kini adalah aku sendiri mahukan.
Aku yang pilih jalan ini. ~Kata - kata ni ditujukan kepada diri sendiri~.!
Setiap jalan yang aku lalui kini, adalah pilihan sendiri..jadi aku mesti menjadi seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pilihan ini.!
No comments:
Post a Comment