Pages

Friday, January 2, 2009

Hari2 Mberangsangkan..!?

Aku masih lagi berfikir, apakah impian aku bagi 2009 ini? Sebenarnya, aku belum lagi menyenaraikan apakah impian - impian aku bagi 2009. Mungkinkah aku sudah menjadi seorang gadis yang tidak bercita - cita besar lagi? Seorang gadis yang penuh dengan impian yang warna - warni. Tidak! Aku takut memikirkannya. Kerana seseorang yang tiada impian, ibarat mereka yang tewas ditangan sendiri. LEmah dalam segala - galanya.
Seperti yang pernah aku tulis dalam post sebelum nie, impian aku di 2009 ialah membawa impian 2008 yang tidak dapat aku penuhi di 2008. Antara 3 impian aku di 2008, hanya 1 sahaja dapat aku penuhi. Alhamdullillah. Dua lagi, aku harap dapat penuhinya di 2008.
Pertama, aku nak terbitkan sebuah buku. Bukanlah aku menjadi penerbit. Maksud aku ialah menghasilkan sebuah buku. Aku masih lagi memikirkan apa jenis buku itu. Dari last year, aku mencari rangka bagi buku aku ini tapi sering ia di fikirkan semula. Aku kadang kala buntu kerana setiap kali ada idea, idea itu kemudian menjadi layu semula. Semangat sering turun naik. Susah nak maintain. Nak tulis secara berterusan, aku jenis cepat bosan terhadap sesuatu itu. Dan ia membuatkan aku sukar juga menghasilkan penulisan dalam kadar segera. Macamne ekk.?
Impian aku yang ketiga ~ aku nak dapat keputusan yang paling baik. Paling bagus. The bestt..!! Aku target pointernya. Tapi xdapt juga capai. Walaupun ada peningkatan, tapi ia masih belum mencapai sasaran. Jadi, aku akan terus mencuba.

Dan kini, ada sesuatu perkara yang aku ingin terus lakukan di tahun 2009. Iaitu AKU INGIN PASTIKAN BAHAWA HARI - HARI AKU LALUI ADALAH SANGAT BERMAKNA. Setelah aku fikir-fikirkan, perkara yang paling baik dan bakal membuatkan aku gembira ialah, pastikan apa yang dilakukan adalah samada dalam pelajaran atau pekerjaan ialah melakukan yang terbaik. Utk kepuasan diri sendiri yang utama. Mungkin untuk memberi kepuasan atau memenuhi kehendak orang lain adalah sukar tapi yang penting aku nak gembira kan diri sendiri terlebih dahulu dan menghargai diri sendiri adalah lebih penting..


Berdiri demi diri sendiri.

No comments: