- Apa yang menarik untuk ditulis di dalam blog ini?
- Sebenarnya aku telah terlupa akan kata laluan blog ini. Dan kemudiannya, hidup telah menjadi indah dan lebih teruja setelah bergelar ibu kepada seorang anak yang kini berusia setahun sebulan. Melalui fasa kesedihan di mana kami kehilangan anak yang pertama (kat blog ni aku ada crite detik2 mengandung yg pertama) dan alhamdullilah, Allah swt tidak membiarkan kami masa yang lama untuk yang kedua. Kita diuji sebelum ini, kami bersyukur kerana kami tahu orang yang diuji itu adalah kerana Allah swt sayang kepadanya. Right.? So, kita perlu senyum bila menerima sesuatu ujian dan dugaan.
- Kehidupan hari - hari memang indah. Walaupun kadang kala kita berada dalam situasi yang tertekan, kesedihan, kebuntuan, dan kemurungan...akan tetapi setiap kali aku beristigfar..maka kita akan kembali kepada kewarasan akal. Nak tahu tak, bila ada medium internet, aku rasa kita tak perlu kaunselor. Kalau nk perkhidmatan kaunseling, pergi je google or log in je facebook, macam2 kita boleh dapat. Kat google @ facebook kita boleh pilih kaunselor mana yang korang suka. Tak perlu malu untuk mendapatkan khidmat kaunselor. Sebab kita tak perlu luah pada sesapa. Kita sendiri boleh tahu apa masalah, apa kemahuan kita. Bagaimanapun, waktu tu jangan ego dengan diri sendiri. Tak guna search apa2 kt google disebabkan diri sendiri tak tolong diri sendiri.
- Bila melalui fasa mengenal orang sekeliling, memang ada tempoh yang berdiam. Kerana apa.? Kerana tidak tak tahu nak melangkah atau mengundur. Mengundur tak boleh kerana kita tidak membantu apa. Ke hadapan langkahannya pun tak boleh disebabkan istilah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa jadinya. (Disini bukan difokuskan pada hubungan kekasih or suami isteri). Hubungan lebih kepada manusia penghuni alam. Perlu hormat orang tua. Perlu hormat penghuni terdahulu. Perlu hormat harta orang terdahulu.
- Hari ini ada program taklimat di Mardi. Menghadiri sesuatu taklimat kadang kala tidak digemari oleh orang. Akan tetapi aku suka. Aku suka tengok tempat orang. Aku suka tengok orang. Aku suka memerhati gelagat orang. Aku suka ilmu disampaikan penyampai taklimat(itu tujuan utama). Aku suka ambik tahu. Walaupun ia tidak berkaitan dengan aku. Tapi aku suka ambik tahu. Kerana aku tahu suatu hari ia akan berguna terutama dlm pembentukkan pengetahuan am aku dan juga ketika dalam perbincangan aku bersama suami. Biar tidak mejadi isteri yang berkerjaya hebat tetapi boleh menjadi teman perbincangan serta pencetus idea untuk suami. Partner dalam segala sudut keperluan manusia.
- Terima kasih.
Wednesday, February 20, 2013
yang pertama d 2013
Saturday, April 9, 2011
[s.e.m.i.n.a.r]
Saturday, March 19, 2011
[p.e.r.a.s.a.a.n]
Bagaimana dengan kata aku pulak.? Siksa tu tidak sakit, namun ia membuat hati tidak keruan sehingga tidak tahu apa patut dilakukan. Nak menanti, atau nak lakukan perkara lain. Sudah dua kali melakukan ujian tersebut tetapi tiada lagi tanda positif. Namun aku yakin dan percaya kepada kuasa Allah, InsyaAllah akan berhasillah ia. Aku akan terus menanti dari minggu ke minggu sehingga petanda yang jelas muncul. Petanda awal memang kelihatan tetapi sukar untuk disimpulkan sehingga ke hari - hari seterusnya. InsyaAllah, akan ada..
Aku akan terus menanti.
Friday, March 4, 2011
[G.0.0.D L.U.C.K]
Tuesday, March 1, 2011
[m.a.s.a]
Thursday, February 24, 2011
[r.a.s.a dikhianati]
Rasa G.E.R.A.M, B.E.N.C.I dan M.A.R.A.H. Bertambah menyakitkan lagi apabila segala rasa itu tidak dapat diluahkan kpd pihak berkenaan. Memendam sgala rasa marah di dalam lubuk hati shingga menyebabkan orang lain terkena tempias. Gagal mengawal rasa amarah mwujudkan sikap tidak professional orang itu. Dan akhirnya dia menjadi org yang tewas..
Sesetengah perkara perlu bertindak mengikut situasi. Jangan buka pekung org lain jika orang itu tidak menganggu diri kita. Nanti kita akan kelihatan lebih jahat kerana bertindak dahulu menganggu orang lain walaupun anda mgkin kelihatan benar. Tapi seperti yang aku kata, sesetengah perkara adalah mgikut situasi.
Jangan buat orang benci kita. Skarang ni adalah zaman peralihan di mana saling berkasih sayang sedang mengambil alih dunia. Maksud aku saling berkasih sayang adalah:
i) berjumpa dengan orang utk pertama kali: mereka bersembang dengan rancak dan mesranya. knp?
ii) situasi saling bersalaman (golongan muda sesama golongan muda) dan saling berlaga pipi. Aku rasa perkara ini dahulu dipraktikkan oleh golongan 40-50an dan yg muda dgn yg tua.
iii) kerapnya ada pertemuan sosial (riadah kt pntai, permainan) antara keluarga rakan sekerja utk merapatkan hubungan.
iv) wlaupun tidak kenal orang itu, senyuman tetap dilemparkan. Ikhlas? Tidak pasti.
v) Setiap 1 dari sejuta rakyat Malaysia mpunyai hubungan persahabatan yang ramai.
akan tetapi, adakah ini punca ramai yang tidak mahu berkahwin or berlakunya peningkatan kadar penceraian..?
Monday, February 21, 2011
[update seMinGGu]
[Program semalam adalah ke UPM menghadiri F2F yg ke2 utk semester ini. Ada dua subjek smlam. Kelas pertama bmula pukul 8.30am. Kelas kedua pukul 10.30am. Bosannya kelas yang kedua. Aku mngantuk thap tak bleh buka mata. Nak terlelap sungguh. Cuma memikirkan imej, aku brtahan jugak lagi...]
[Dua hari (Jumaat & Sabtu mggu lepas jgk), aku main badminton kt sports center sri gombak. Kul 12am - 1am aku tempah gelanggang tu. Bersama kengkawan si suami n isteri dia. Mmg meletihkan, tambahan pulak nak ke UPM pagi esoknya. Tapi aku seronok. Sronok jumpe orang. Dan yang best, dapat bertemu Ezan pada hari kedua aku kt sports center tu..]
[emosi tak berapa nak baik..Mmg nk marah. Tak puas kt seseorang tu tapi tak boleh nak marah..Sungguh menggugat jiwa..Kesian kepada org tersayang yg terkena tempias. Maaf sayang..]
Wednesday, February 16, 2011
[.g.a.g.a.l.] - [jangan berhenti berusaha]
Aku da siap memakai pakaian sukan. Calon temuduga tadi seramai 40 org termasuk aku. Tapi kelihatan calon tidak sampai 40 org atau mereka ada yang tiba lewat.
Aku ada orang yang pertama untuk kehadiran. Oleh itu, aku juga orang pertama yang dipanggil untuk ujian kecergasan dan fizikal. (Hanya ujian fizikal iaitu berat badan, tinggi, pancaindera dan warna diambil).. Masalah aku adalah penglihatan. R.A.B.U.N tahap tinggi yang tidak melayakkan aku untuk lulus ujian fizikal tersebut.
Sangat menarik, kerana aku telah menjadi orang pertama juga ditolak atau gagal. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk aku terus apply spa cuma dinasihatkan untuk tidak memohon bagi jawatan penguatkuasa..
Rezeki Allah ada dimana, Allah tidak suka orang yang berputus asa. Oleh itu, jangan kita mudah berputus asa dan tidak terus berusaha.
Tuesday, February 15, 2011
[salam maulidur rasul...]
Wat plan for today...? I'm going to settle my assignment since the due date is almost. Let's study.. Then, study about JIM, Jabatan Imigresen Malaysia. It's a preparation for my interview. WOW, it's tomorrow!!.
Aku dalam proses download You're Beautiful. Da sampai episod ke 11. But, the processing is interrupt cause the programme that used for download tidak boleh meneruskan proses downloading.. Issshhh.. UNHAPPY right now..
[want to continue do the asgment....]
Thursday, February 10, 2011
[penilaian...]
Jom, kite tengok bagaimana pnilaian bos aku ni berkenaan diri aku...
1. kemahiran komunikasi
- (5 - amat memuaskan)
- (5 - amat memuaskan)
- (5 - amat memuaskan)
- (4 - memuaskan)
- (4 - memuaskan)
- (5-amat memuaskan)
- (4 - memuaskan)
Tuesday, February 8, 2011
[miss my blog...]
Wah, 2011 already...
Dan aku masih di tempat keje yang sama, harap akan ada perubahan tahun ni. Maksud, ada tmpat keje yang baru..Haha. Nak berhenti ker? Belum lagi, cuma berharap akan ada peluang tahun ni berpindah ke tempat yang lbih baik dan memberi pengalaman baru.
Pelajaran...? Aku d semester terakhir. Boleh konvo taun nie..Harap2.. Malah, hubby pon da memulakn pengajiannya. Berjalan seperti di rancang dan smoga perjalann itu berjalan lancar. InsyaAllah.
Baby...kisah sedih usah diungkap lagi. Rancang untuk dapatkannya lagi taun ni. InsyaAllah..
[Just a short message 2day...]
Thursday, March 11, 2010
MiNGGu Ke-34
ShinGga kini berat aku dr naik 10kg.. Ada yang ok, ada kta naik tggi sgt.. Tapi prut aku klihatan normal jer..
Wednesday, September 23, 2009
Our 1sT RaYa
Yang xbest dan dah xda dlm schedule lagi adalah ~ beraya bersama kengkawan ke rumah kwn2 yg lain.. Tu yg sedih.. Lain, aku xda rs apa perubahan nie.. Apatah lagi, pagi raya thun ni..aku masih di umah my mom..
Hari ni dah raya ke-4. Smua org dah sibuk cri nasi lemak. Xda da nk mkn rendang. Yg tggal kuih raya jer..
Aku dah mula keje. Xda org kt ofis. Telefon pejabat pn xberdering dri pg td..haha.. biarlah. Boleh aku lyan je internet ni..
p/s : Aku trasa nk mkn pizza..
Saturday, July 25, 2009
~FlighT to KK~
Wednesday, July 22, 2009
~ada juga rupenye...!~

Thursday, July 9, 2009
N0v3L - iLham HaTi
Lama dah xberkesempatan melakukan hobi membaca novel nie. Jadi semlm aku berkesempatan g ke MPH kat Jaya Jusco Maluri waktu lunch semalam. Memang berniat nak cari novel hasil nukilan Damya Hanna nie. Pusing punye pusing kat rak bku tu, akhirnya jumpa juga novel Ilham Hati. Aku ambil masa lama juga sbb sepanjang pencarian tu, aku cuma cari kat bahagian atas rak bku tersebut. Rupa2 novel itu terletak bahagian bawah.. Apalah MPH nie, xkan lah novel baru diletakkan di bahagian bawah. Maner lah orang perasan.. Takkan xtau setiap susunan yang dilakukan ke atas setiap buku or novel..mmpengaruhi minda dan psikologi seseorang terhadap benda tersebut.Pstt..
Wednesday, June 17, 2009
Farewell..
Sorang lg staff kt ofis aku blah.. orang yg paling senior skali.. Dia nak uruskan bisnes catering nyer secara full time. Takperlahkan, kita kena gmbira utk dirinya..
Saturday, June 13, 2009
My w3ddinG pIctureS..
Wednesday, June 10, 2009
ResulT..
Tuesday, June 2, 2009
[HujaN MengaMit MemoRy]

1# collect information about "OneDropPerfume".. Kta 0rG, baGus JG kalau Nk Cube caRi Wang Lebih dgn Menjual Minyak wanGi Nie. Aku dh Tgk kt interneT, 1]mpunyai pembungkuSan yG menarik.Sesuai DiJaDikaN GifT..Ada 'tuk lelaki n girL.. 2]bab haruMan,aKu x leh comment, coz aku tak mciumnyer lagi..Tpi Aku difahamkn ia mengamBil wangian dari Jenama yg Terkenal.. 3] Price..boleh 'blah'...Satu Kotak, RM40. Ada 8 wangian..

2# Aku jadi MLM.. hehe.. Produk aper.? LainKALi sembang..
[HUJAN]
Aku terdengar bunyi ujan.. Aku paling suka hujan.. Tapi perasaan gembira tu cuma akan melampau2 jika aku kt kampung..Sebb kt KL nie,aku xkan dapat menikmati bunyi ujan yang turun mengenai bumbung rumah..Itulah muzik yang paling best sekali. Kalau ujan di siang hari, aku akan duk termenung melihat air hujan yang membasahi tanah.. Aku akan jadi leka dan khayal.Bila air ujan di tanah semakin banyak dan tinggi sedikit, aku akan buat sampan kertas..Bole main & mandi air ujan.. Sekarang nie,dah xda kanak2 yang mandi ujan macam aku mcm zaman kanak2 dlu.. Kat iklan jer yang berlaku sebenarnya sekarang nie..
Kalau ujan pada waktu malam..aku akan cepat2 masuk bilik, utk tido..walaupun wktu itu baru pukul 8. Mcm aku kat, bunyi air hujan yang mengenai bumbung rumah adalah muzik yang paling best sekali... Tpi sekarang aku tak leh mcam tue.. Komitmen banyak sgt kt KL nie. dan aku jg rasa, irama air hujan yang kedengaran di KL tak sama seperti di kampung aku..
LaSt ThinG..i like to walk wif my loVe di dalm ujan. ActuallY..aku lebih suKa salji..tp MaLaYsia xda Salji,[aku suka sgt nk ke Jepun]..bole berjalan di bwah guguran bunga sakura n salji.. romatiknyer..hhehe.