- Apa yang menarik untuk ditulis di dalam blog ini?
- Sebenarnya aku telah terlupa akan kata laluan blog ini. Dan kemudiannya, hidup telah menjadi indah dan lebih teruja setelah bergelar ibu kepada seorang anak yang kini berusia setahun sebulan. Melalui fasa kesedihan di mana kami kehilangan anak yang pertama (kat blog ni aku ada crite detik2 mengandung yg pertama) dan alhamdullilah, Allah swt tidak membiarkan kami masa yang lama untuk yang kedua. Kita diuji sebelum ini, kami bersyukur kerana kami tahu orang yang diuji itu adalah kerana Allah swt sayang kepadanya. Right.? So, kita perlu senyum bila menerima sesuatu ujian dan dugaan.
- Kehidupan hari - hari memang indah. Walaupun kadang kala kita berada dalam situasi yang tertekan, kesedihan, kebuntuan, dan kemurungan...akan tetapi setiap kali aku beristigfar..maka kita akan kembali kepada kewarasan akal. Nak tahu tak, bila ada medium internet, aku rasa kita tak perlu kaunselor. Kalau nk perkhidmatan kaunseling, pergi je google or log in je facebook, macam2 kita boleh dapat. Kat google @ facebook kita boleh pilih kaunselor mana yang korang suka. Tak perlu malu untuk mendapatkan khidmat kaunselor. Sebab kita tak perlu luah pada sesapa. Kita sendiri boleh tahu apa masalah, apa kemahuan kita. Bagaimanapun, waktu tu jangan ego dengan diri sendiri. Tak guna search apa2 kt google disebabkan diri sendiri tak tolong diri sendiri.
- Bila melalui fasa mengenal orang sekeliling, memang ada tempoh yang berdiam. Kerana apa.? Kerana tidak tak tahu nak melangkah atau mengundur. Mengundur tak boleh kerana kita tidak membantu apa. Ke hadapan langkahannya pun tak boleh disebabkan istilah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa jadinya. (Disini bukan difokuskan pada hubungan kekasih or suami isteri). Hubungan lebih kepada manusia penghuni alam. Perlu hormat orang tua. Perlu hormat penghuni terdahulu. Perlu hormat harta orang terdahulu.
- Hari ini ada program taklimat di Mardi. Menghadiri sesuatu taklimat kadang kala tidak digemari oleh orang. Akan tetapi aku suka. Aku suka tengok tempat orang. Aku suka tengok orang. Aku suka memerhati gelagat orang. Aku suka ilmu disampaikan penyampai taklimat(itu tujuan utama). Aku suka ambik tahu. Walaupun ia tidak berkaitan dengan aku. Tapi aku suka ambik tahu. Kerana aku tahu suatu hari ia akan berguna terutama dlm pembentukkan pengetahuan am aku dan juga ketika dalam perbincangan aku bersama suami. Biar tidak mejadi isteri yang berkerjaya hebat tetapi boleh menjadi teman perbincangan serta pencetus idea untuk suami. Partner dalam segala sudut keperluan manusia.
- Terima kasih.
Wednesday, February 20, 2013
yang pertama d 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment