Pages

Tuesday, March 1, 2011

[m.a.s.a]

Kata orang masa boleh mengubat segala rasa. Samaada ia kedukaan, kegembiraan, kemarahan dan sebagainya. Hari ini kita akan ketawa gembira tapi esok kita akan bersedih kedukaan. Hari ini kita bersedih tapi esok atau lusa kita akan gembira semula. Hari ini kita akan mengalami rasa amarah tapi amarah itu akan reda setelah melalui beberapa peringkat masa. Amarah itu mungkin tidak reda secepat masa yang diambil untuk kita ketawa, tetapi ia akan tetap akn reda. Ada yang mengambil 2-3 hari. Ada juga mengambil sebulan. Ada yang mengambil 2-3 tahun. Kemarahan mungkin akan sedikit reda, tapi ada sesetengah kes itu, amat sukar memohon kemaafan krn perkara berkaitan kemarahan itu tadi.
Dalam hubungan suami isteri, tiada amarah yang benar - benar wujud. Ia cuma 'alternatif' untuk mengindahkan lagi kemesraan suami isteri. Tiada 'gaduh-gaduh manja', maka tidak wujudlah pujuk rayu si suami atau si isteri terhadap pasangannya. Namun apabila babak amarah ini bertukar kepada kebosanan kepada pasangan untuk memujuk, harusla kita berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena perlu difikirkan, dikaji dan mencari penyelesaian.
Hari ni, 'perasaan amarah' yang membelenggu sedikit 'sejuk'. Istilah kemaafan tiada dalam kes ini. Namun amat sukar menerima perlakuan individu tersebut. ~end.

No comments: