Pages

Friday, January 25, 2008

Merealisasikan Impian

Semalam aku menanamkan azam untuk menghasilkan sebuah buku dan ianya diterbitkan. Bagaimana aku mahu merealisasikan impian itu.? Sehingga kini aku belum melakukan apa - apa untuk merealisasikan ia.? Sudah semestinya aku perlu mula menulis sedikit demi sedikit isi cerita yang ingin aku uliskan. Tapi perkara utama ialah, apakah tema yang ingin aku hasilkan buku itu? Aku belum menetapkan ia. sudah sebulan berlalu. Apakah tema yang sesuai harus ku tonjolkan.? Dahlah aku ni jenis yang cepat berubah fikiran, mudah bosan terhadap sesuatu benda itu... Bagaimana jika aku bosan kepada buku atau jala cerita yang aku sendiri hasilkan sedangkan ia belum menemui penghujungnya..?

Tuesday, January 22, 2008

Persekitaran Baru

Dalam seminggu ni, aku sibuk membuat kerja - kerja mengemas kat ofis aku. Yelah, ofis nak wat renovation. Kenalah kemas serba sebanyak kat ofis tue. Bagus juga buat perubahan pada ofis tue. Aku dah 2 tahun duduk kat ofis itu, aku pn dah bosan dgn suasana sekarang ni. Bila ada perubahan persekitaran, pemandangan dan tambahan pula bakal ada pekerja baru yang akan masuk, semangat untuk bekerja pun jadi lain. Maksud aku, jadi bersemangat juga.
Sebelum itu, dalam hidup aku telah berlaku beberapa perkara. Sedikit sebanyak menjatuhkan semangat dan kualiti hidupku dalam masa itu. Perkara pertama ialah aku mengeluarkan kata - kata kejam kepada seorang yang menyayangi aku dan aku juga sangat menghormati aku dimana aku mengakui bahawa dia telah menjadi sebahagian dari kehidupan aku. Yelah, aku banyak menghabiskan masa bersama dalam 2 tahun kebelakangan ini. Menjadi teman bersembang aku. Menjadi teman makan tengahari. Menjadi sumber kewanganku dikala susah. Adakala menjadi penasihat dalam pembelajaran aku. Aku tidak menafikan bahawa kehadiran memberi kesan dari segi pemikiran aku. Tapi apabila dia sering menjadi 'orang yang selalu berada di dalam keadaan luar kawalan', aku jadi takut. Kerana itu, terkeluarnya kata - kata yang membuatkan aku mungkin tidak akan berkawan atau dia menjadi sebahagian dari rutin aku. Bila difikirkan semula, ada hikmah perkara ini berlaku. Jadi aku memandangnya secara positif. Walaupun cara aku memberitahunya bahawa aku 'semakin takut' dengannya adalah kejam. Tetapi aku yakin kesudahannya akan baik. Esok dia akan bertolak ke luar negara dan akan kembalik seminggu akan datang. Aku tahu, ini juga salah satu cara dia menjauhkan diri aku tapi elok sebenarnya. Cuma masa untuk kembali pulih seperti sedia kala mengambil sedikit masa.
Semalam aku dapat semula email daripada Panda. Aku gembira kerana kembali bertukar message dengannya.
Peristiw lain dalam hidup aku, berlaku kes ragut kepada kau. Aku agak terekejut dan tersentap tapi jika perkara ini tidak berlaku, mungkin aku tidak akan terlalu berhati. Sekarang ini, aku sangat berhati - hati kerana perkara sebegini memang berlaku dalam sekelip mata tanpa dijangka.

Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah 1429H

Hari ni, semua umat islam menyambut 1 Muharam 1429H. Jarang sekali kita mengatakan 1 Muharam kerana kebiasaannya menyebut Awal Muharam. Bagaimanapun cara kita menyebutnya, peristiwa di sebalik Hijrah itu lebih bermakna pengertiannya dan perlu di pandang berat.
Kini hijrah itu telah diaplikasikan dalam kehidupan kita dengan berbagai keadaan tetapi seharusnya hijrah yang telah atau akan dilakukan perlulah dari yang buruk kepada yang baik kerana hijrah sebegitu yang seharusnya dalam islam. Ehm..kita boleh tanam azam lagi untuk Awal Muharam ini.
Dua hari yang lepas, aku pergi interview kat Jaya Jusco untuk dapatkan kerja di sana tetapi sebagai pekerja part time / separuh masa. Mengikut masa bekerja yang telah diberi oleh pihak mereka, aku boleh penuhi atau ikut masa tersebut. Memang kehidupan seharian aku akan jadi sibuk tetapi sememangnya hakikat kehidupan kini sebegitu. Tiada masa yang perlu disisakan. Sementara muda dan boleh melakukan kerja lebih masa ini, tiada masalah rasanya cuma aku telah dipesankan supaya jangan hilang fokus (terutama dalam ijazah yang sedang aku pelajari) dan berhenti apabila diminta oleh seseorang yang penting dalam hidup aku. Dua janji yang telah aku lakukan kepada dua insan yang banyak membantu aku. Aku ingin mencuba.
Selama 3 hari berturut- turut, aku bangun pagi untuk berjoging di taman berhampiran. Joging itu bukanlah bertujuan untuk kuruskan badan(seperti yang orang lain selalu fikir), tetapi bertujuan memastikan aku menjalani hari - hari secara positif.Kerana selepas joging, aku akan rasa segar. Kenapa? Sebab selama ini aku seorang yang selalu beremosional. Tak tahu nak senyum. Ikut kepala sendiri. Jarang sekali mengamalkan amalan, fikiran atau tindakan yang positif kerana sering berfikir untuk diri sendiri dimana ia boleh merugikan diri sendiri kelak. Aku mula memandang serius perkara sebegini supaya hari aku akan lebih bermakna. Itu antara azam tambahan aku untuk tahun ini. Aku mahukan hari - hari aku bermula dan juga berakhir dengan positif. Bila positif, tiada lagi aku masam muka kat tunang aku tu. Berjumpa 2 atau sekali seminggu, takkan nak masam muka apabila bertemu. Perjumpaan itu menjadi sesuatu tidak bermakna akhirnya. Perlu dielakkan.
Semalam aku buntu dalam memikirkan tugasan yang perlu disiap dan dihantar pada 15 Januari ini. Aku jadi buntu kerana tidak dapat memahami secara terperinci atau tepat terhadap kehendak tugasan tersebut. Mujurlah seseorang telah membantu aku bersama - sama memahami keseluruhan tugasan tersebut. Hari ni, aku akan cuba buat tugasan tersebut dan mendapatkan kepastian dari pensyarahku kelak.

Sunday, January 6, 2008

Perjalanan Sebuah Penghidupan Baru..

Bertarikh 5 Januari 2008, bermula kehidupan atau sedetik perubahan dalam hidupku. Perjalanan kehidupanku telah bertambah destinasinya. Destinasi yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan setiap insan terutamanya apabila mereka menginjak dewasa, iaitu saat bergelar anak gadis atau anak teruna.
Setelah dirisik oleh keluarga pihak lelaki, aku semakin berani dan berkeyakinan dalam mencorak kehidupan yang akan datang. Sedikit sebanyak hala tuju kehidupan aku mula kelihatan dan aku sedari. Tujuan kehidupan itu juga kelihatan jelas dan nyata.
Tambahan pula, ia mampu menggembirakan hati orang tua ku terutamanya ibuku..
Sukar untuk dijelskan secara terperinci perkara ini kepada umum, biarlah ia bermonolog sendiri di sanubari.

Misa...6/01/08..10.45pm

Friday, January 4, 2008

Bercerita mengenai pekerjaan..antara kelulusan dan keadaan semasa

Mula-mula buat blog ni, aku nekad nak tulis blog disini setiap hari. Kononnya antara salah satu azam yang ingin dipenuhi iaitu, "Buat sesuatu jangan separuh jalan sahaja." tetapi tetap juga tertinggal beberapa hari. Sebenarnya, aku bukan sengaja melakukan begitu. Akan tetapi ia adalah disebabkan kekurangan idea untuk menulis dan merasakan bahwa aku tidak dapat menulis sesuatu dengan baik ketika itu. Aku tidak mahu menulis ketika perasaan sendiri tidak mahu menulis kerana yang akan terhasil pada tulisan itu hanyalah kebosanan. Jika aku yang menulis sedang kebosanan, apatah lagi yang membacanya. Ada ke orang membaca blog aku ini..? Ehmm.. Persoalan yang baik untuk diri sendiri. Jawapannya, ketika terlintas di benakku untuk membuat blog ini, ia bertujuan sekadar hanya untuk meluahkan pendapat aku sendiri terhadap perjalanan kehidupan seharian aku. Agar aku menyedari perkembangan yang berlaku didalam mindaku. Bagaimana aku berfikir setiap hari, bagaimana aku bermonolog dengan diri sendiri, bagaimana aku berkomunikasi dengan persekitaran dan bagaimana berfikir untuk bertindak. Dengan cara ini ia akan membantu aku melihat bagaimana minda aku berkembang seharian melalui tulisan di blog ini. Kita tidak menyedari bagaimana minda kita membesar kerana ia sesuatu yang tersirat dan juga amat sukar diungkai dengan kata - kata atau dilihat oleh orang lain dengan mata kasar. Atas alasan atau tujuan itu, aku tidak akan menulis di kala diri sendiri kebosanan dan tidak mempunyai minda yang bernas untuk bermonolog dengan diri sendiri.
Hari ini aku mendapat satu lagi pandangan dari seorang senior yang aku rasa agak bagus untuk difikirkan berkali - kali. Katanya setiap orang ni ada tahap masing - masing. Sebagai contoh, jika kita berada di peringkat SPM, aplikasi dalam kehidupan kita adalah berbeza dengan mereka yang di tahap diploma. Begitu seterusnya. Jika kita berada di tahap diploma, aplikasi kita tidak sama dengan ijazah. Tetapi apabila kita berada dalam perkerjaan, aplikasi kita dah hampir sama malah yang berada di tahap diploma mungkin setahap dengan ijazah jika mereka yang berada di tahap ijazah tidak kreatif atau cukup bijak mengaplikasi kehidupannya dengan kelulusan yang dimiliki. Aku berfikir berkali - kali dan aku merasakan pandangannya boleh diterima logik akal. Aku memahami apa yang ingin aku sampai tetapi bagaimana dengan mereka yang membaca blog ini..? Mungkin aku tidak cukup bijak lagi dalam mengolah kata - kata.
Dalam hidup ini jangan terlalu banyak kekesalan. Jika terlalu banyak kekesalan, seringkali kita mengata bahwa 'aku ini bernasib malang'. Mana ada orang yang bernasib malang. Cuma rezeki untuk kita belum menjelma dan kerana itu sebagai umat islam, 'sabar separuh daripada iman'. Jika kita bersabar dan pegang serta ingat dn amalkan, kita akan percaya bahwa rezeki untuk kita tetap ada. Jika sesuatu itu hilang, percaya bahwa itu bukan rezeki kita dan jangan dikesalkan kerana akan wujud juga rezeki kita. Dan kita akan menjadi seorang yang redha.

Wednesday, January 2, 2008

Affiliate Program

Kebelakangan ini, aku cuba bergiat dengan affiliate program. Program dimana kita membantu orang lain melakukan promosi untuk mereka.(Itu mengikut definasi aku). Setiap promosi yang dilakukan adalah melalui internet, dalam kata lain ialah kita hanya bermain dengan komputer untuk mempromosikan iklan - iklan ini. Kita ejen kepada setiap affiliate ini dan kemudian akan diberikan komisen mengikut jualan yang telah berjaya dilakukan oleh kita.
Nampak mudah bukan? Jangan fikir ia mudah semudah melayari internet dimana apa sahaja kita mahu boleh didapati di internet.
Disini aku nak mengatakan bahwa 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'. Jangan berfikir bahwa apabila kita mula menghantar email kepada 200 groups, akan ada jualan berlaku. Atau hanya melakukan kerja - kerja menghantar secara berselang hari, jualan akan berlaku..Ia tidak semudah dijangka.
Satu lagi perumpamaan yang ingin aku gunakan ialah 'KAIS PAGI MAKAN PAGI DAN KAIS PETANG MAKAN PETANG'. Begitulah yang aku gambarkan dalam affiliate program ini. Jika tiada sebarang aktiviti dilakukan pada setiap hari seperti menghantar email untuk mempromosi atau menyertai group2 baru atau forum, tidak akan berlaku sebarang jualan atau kemungkinan tiada pelawat pun yang datang melihat laman web yang telah anda promosikan itu tadi.
Begitulah serba sedikit mengenai affiliate. Hendak tahu keberkesanannya atau kebenaran kata - kata aku, anda boleh mencuba. Kita tidak mengalami kerugian mencubanya dan yang pasti carilah internet percuma untuk dilayari agar tiada kerugian. Jangan pergi cyber cafe untuk mencubanya, kerana dah jelas berlaku kerugian disitu.

Tuesday, January 1, 2008

Pendapat di Siarkan

Sebelum berakhir 2008, sesuatu yang baik pasti akan berlaku supaya kita terus bersemangat dan menanamkan azam meneruskan perjuangan di 2008.
Aku mendapatkan sedikit cetusan atau suntikan semangat di mana pendapat aku yang telah dihantar ke Majalah Dara.com telah disiarkan bagi keluaran Januari 2008. Permulaan tahun yang baik. Kebetulan ia juga disiarkan untuk keluaran pertama 2008.
I'm happy for that. I hope that many good things will happen to me in 2008.

Pertikaian - Seni

Semalam aku ada kuliah. Kuliah pertama untuk semester ini. AKu pun pertama kali berjumpa dengan pensyarah tersebut tapi tak perlulah aku menyebut namanya dan beliau berusia lingkungan 35tahun.
Aku menjadi tidak sependapat dengannya apabila dia tidak bersetuju perkataan seni digunakan pada "Seni Mempertahankan Diri". Katanya mempertahankan adalah sesuatu yang kuat atau adalah untuk berlawan, jadi jika ia dikatakan seni, ia tidak mungkin boleh menjadi sesuatu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Itulah katanya.
Seni kan satu perkataan yang subjektif. Adakah pada dia, seni itu satu perkara yang lembut, indah, satu persembahan sahaja? Bagaimana dia mentafsirkan seni?
Seni boleh ditafsirkan sebagai mencipta sesuatu. Jika ingin dikaitkan dengan silat, ia bermaksud kita mencipta gerakan - gerakan untuk mempertahankan diri. Itulah maksudnya seni mempertahankan diri. Seni adalah subjektif. Jika aku berpeluang bersemuka dengannya lagi, akan aku tanya perkara ini dengannya.

2008

1 Januari 2008...apa perancangan pada tahun ini? Apa azam baru 2008? Kalau di sewaktu zaman persekolahan, guru akan bertanya soalan ini setiap kali menjelma tahun baru dan di hari pertama sesi persekolahan. Biasanya yang keluar adalah jawapan mahu belajar bersungguh-sungguh atau nak dapatkan No.1 dalam peperiksaan. Apa2 lah. Masa tu, bukan aku faham sangat apa itu azam ni semua. Ikut saja apa yang orang lain kata. Lepas habis belajar, dah berusia awal 20-an, dah takder orang nak tanya lagi apa azam kita. Jadi semuanya boleh dikatakan sebagai rahsia dan tertekad dalam hati sahaja. Mana mungkin kita mengatakan azam kita adalah untuk jatuh cinta. Orang lain akan bertanya semula, "tak mungkin tidak pernah jatuh cinta? Selama ni, bukannya cinta?". Itulah yang orang tak faham. Apabila kita mula berkawan dengan lelaki (sebab aku perempuan), kita akan mula dikatakan bercinta. Berkawan tanpa rasa cinta takkan bahagia melainkan rasa simpati, hormat, kasih seorang teman atau rasa seorang insan kepada insan lain. Tak ramai orang yang menjumpai cinta yang mampu membuatkannya mandi tidak basah, makan tak kenyang. Ada setengah pendapat mengatakan cinta begini tidak wujud tapi aku percaya kewujudannya cuma adakah kita bertuah untuk menjumpainya? Sama seperti cinta seorang lelaki berusia 65 tahun kepada gadis berusia 23 tahun. Adakah wujud cinta sebegitu? Sukar nak tafsirkan cinta itu. Kerana nafsu? kerana kesunyian? atau ia sememangnya cinta? Tapi aku percaya cinta mampu membuat seorang itu tewas dan bangun. Kerana itu wujud ungkapan "Jatuh bangun seorang lelaki, pasti ada perempuan dibelakangnya." Sejarah banyak membuktikannya.
Apa azam aku tahun 2008 ini? Pertama, aku ingin memastikan pointer aku untuk semester dua ini melebihi 3.5. Setelah mengalami rasa malu kepada diri sendiri kerana gagal memperolehi pointer yang bagus semester pertama, aku tekad semula. Itu azam yang pertama.
Azam yang kedua adalah ingin menghasilakan satu buku yang akan diterbitkan. Itu azam yang mungkin aku kena berusaha sekeras - keras kerikil. Buku yang berbentuk bagaimana, aku tidak pasti lagi tetapi bukan berbentuk ilmiah kerana aku tidak cukup ilmu lagi untuk menerbitkan buku ilmiah. Aku boleh ker..? Of COurse..!