Hari ni, semua umat islam menyambut 1 Muharam 1429H. Jarang sekali kita mengatakan 1 Muharam kerana kebiasaannya menyebut Awal Muharam. Bagaimanapun cara kita menyebutnya, peristiwa di sebalik Hijrah itu lebih bermakna pengertiannya dan perlu di pandang berat.
Kini hijrah itu telah diaplikasikan dalam kehidupan kita dengan berbagai keadaan tetapi seharusnya hijrah yang telah atau akan dilakukan perlulah dari yang buruk kepada yang baik kerana hijrah sebegitu yang seharusnya dalam islam. Ehm..kita boleh tanam azam lagi untuk Awal Muharam ini.
Dua hari yang lepas, aku pergi interview kat Jaya Jusco untuk dapatkan kerja di sana tetapi sebagai pekerja part time / separuh masa. Mengikut masa bekerja yang telah diberi oleh pihak mereka, aku boleh penuhi atau ikut masa tersebut. Memang kehidupan seharian aku akan jadi sibuk tetapi sememangnya hakikat kehidupan kini sebegitu. Tiada masa yang perlu disisakan. Sementara muda dan boleh melakukan kerja lebih masa ini, tiada masalah rasanya cuma aku telah dipesankan supaya jangan hilang fokus (terutama dalam ijazah yang sedang aku pelajari) dan berhenti apabila diminta oleh seseorang yang penting dalam hidup aku. Dua janji yang telah aku lakukan kepada dua insan yang banyak membantu aku. Aku ingin mencuba.
Selama 3 hari berturut- turut, aku bangun pagi untuk berjoging di taman berhampiran. Joging itu bukanlah bertujuan untuk kuruskan badan(seperti yang orang lain selalu fikir), tetapi bertujuan memastikan aku menjalani hari - hari secara positif.Kerana selepas joging, aku akan rasa segar. Kenapa? Sebab selama ini aku seorang yang selalu beremosional. Tak tahu nak senyum. Ikut kepala sendiri. Jarang sekali mengamalkan amalan, fikiran atau tindakan yang positif kerana sering berfikir untuk diri sendiri dimana ia boleh merugikan diri sendiri kelak. Aku mula memandang serius perkara sebegini supaya hari aku akan lebih bermakna. Itu antara azam tambahan aku untuk tahun ini. Aku mahukan hari - hari aku bermula dan juga berakhir dengan positif. Bila positif, tiada lagi aku masam muka kat tunang aku tu. Berjumpa 2 atau sekali seminggu, takkan nak masam muka apabila bertemu. Perjumpaan itu menjadi sesuatu tidak bermakna akhirnya. Perlu dielakkan.
Semalam aku buntu dalam memikirkan tugasan yang perlu disiap dan dihantar pada 15 Januari ini. Aku jadi buntu kerana tidak dapat memahami secara terperinci atau tepat terhadap kehendak tugasan tersebut. Mujurlah seseorang telah membantu aku bersama - sama memahami keseluruhan tugasan tersebut. Hari ni, aku akan cuba buat tugasan tersebut dan mendapatkan kepastian dari pensyarahku kelak.
No comments:
Post a Comment