Pages

Wednesday, December 31, 2008

Magical Girl Lyrical Nanoha!

Magical Girl Lyrical Nanoha ~ I don't have any idea about this anime.
Aku memang seorang makcik yang baik hati! Haha.. Lawaknyer. Memuji diri sendiri.
Ok.,kenapa aku berkata begitu? Kerana di kala dan ketika ini aku sedang dan masih melakukan sesuatu perkara. Iaitu download semua episode anime ini ~ Magical Girl Lyrical Nanoha untuk diberi kepada anak saudara aku.. (Dia pun tak sangka yang makcik dia ni ada masa yang sangat banyak untuk download anime Vampire Knight(VK) dan habiskan games yang download ke laptop aku..). Hehe. Aku tidak jadi hal, sebab aku suka wat perkara nie(download anime ~ mungkin sebab minat aku ada skit sama dengan dia.)
Malam ni, detik 2009 akan menjelma. Aku memang menanti 2009. Bukan niat nak menolak 2009 nie memandangkan terlalu banyak perkara yang ingin aku lakukan menjelang 2009 nie. Antara cita - cita 20o8 yang aku masih belum dapat laksanakan. Semoga kehidupan 2009 yang bakal aku tempuh lebih teratur agar perancangan dan impian aku dapat dilaksanakan. Tapi, bukankah aturan itu terancang atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri mencoraknya?
Yang seterusnya, aku tak sabar menanti 2009 kerana aku tak sabar sangatttt nk berhijrah dari KL nie.!!
~Rungsing bile tiba bab duit~

Tuesday, December 30, 2008

Bila mentol kereta terbakar..

Hari nie perjalanan aku dari kampung ke KL terganggu sedikit. Kebiasaannya aku akan bertolak pada pukul 6.30am ke KL. Jadi, aku akan smpai KL lebih kurang pukul 8.30am. Aku sempat lagi singgah rumah sebelum masuk ofis kul 9am.
However, since lampu kereta belah kanan terbakar, terpaksa lah aku gerak dalam pukul 7am. Aku sampai ofis almost 9am. Sempat lagi lah smpai tepat pada waktunya. Oleh itu, shingga lampu itu siap dibaiki, xdalah kereta aku tu dipandu pada waktu malam.(rasanya brape kali sgt aku kuar malam)..
Tiga hari kat kampung, menjadikan aku seorang yang sangat sihat dari sudut pemakanan. Waktu makan aku sentiasa tepat dan diri ini sentiasa menanti waktu makan. Kerana itu sahaja aktiviti aku yang paling bermakna. Lain - lain, aku on laptop pastu tgk drama korea yang aku upload selama seminggu yang lepas dan kemudian menulis serba sedikit pasal sesuatu perkara. Aktiviti lain, pergi kenduri kahwin dan majlis bacaan yasin..(sekadar meneman mak.). ++.
Aku juga gembira kerana setelah berbulan lamanya kereta itu tidak mandi, akhirnya dapat juga ia mandi. ^-^


i'm so hungry right now. It's time to lunch..

Friday, December 26, 2008

Ex-Clasmate.History!!

1st ~ HAri nie aku tak pergi ke kerja. Bukan aku ponteng tapi berlaku kematian dalam keluarga ayah aku, iaitu kakak kepada ayah aku telah kembali ke rahmahtulllah dalam usia 85 tahun.. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin.

2nd ~ Hari nie juga, aku terserempak dengan rakan sekelas masa sama2 tingktn 5 di SMKR. Dah lama juga tak jumpe. Rasanya selepas tamat sekolah. Kitaorang( Aku n Teman Sekelas) kerap melakukan reunion, tapi dia ni jarang terlibat memandang ketika itu dia sudah mula merantau jauh, berbanding dengan kami yang lain yakni masih student dan berjumpe setiap kali cuti semester. He is a guy. This guy ni dulu dijadikan bahan usikan oleh teman baik aku. Sengaja kenen - kenen aku dengan dia. Itu cerita dulu. Sekarang dia dah jadi pegawai polis. Bertugas kat Pasir Mas, Kelantan. Kisah cinta dia dengan kekasihnya sekarang tak kurang hebatnya juga. Aku rasa percintaan mereka dah hampir menjangkau 8 tahun. Ia bermula dari dia tingkatan 5 dan girl itu di dalam tingkatan 2. 8 tahun, mesti banyak dugaan merek terutama dengan dipisahkan oleh masa, jarak, status diri antara pelajar dan bekerja.,mesti ada perbezaan. Alhamdullillah, mereka masih lagi bersama.

3rd ~ Aku sering mengimpikan sebuah kisah cinta yang tragis dan indah. Namun begitu, aku tidak berani untuk cuba menglangkau dari kemampuan dan kesepatutan yang boleh aku lakukan.



Dear my love:
Plz take care of yourself and more carefully doing yr job ~ expecially in operation.

Thursday, December 25, 2008

Am I exciting..?!!

Of course?!!!
Ini gara - gara Vampire Knight Guilty episod 12.!
Aku tak sabar menunggu minggu hdpn bg menyaksikan episod terakhir season nie. Kemudian aku kena tggu lagi season akan dtg yg aku pun tak tahu bile diaorg akan start kan pembikinan anime ini. Excited nyerrr aku!..
Apapn thanks kepada mereka yang kat YouTube kerana tolong upload kan dengan subtitle english skali..

2nd ~ aku tak sbar menunggu panggilan telefon untuk mmnta aku datang interview. Aku sedang cuba berubah angin~mksud aku..nk cari keje baru. tinggal kat persekitaran baru.dah xnak duk kat KL nie lagi. Mungkin slepas thun baru nnti kot, baru diaorg nak panggil interview. Doa2 kanlah ada panggiln telefon itu. Amin.

3rd ~ aku tak sabar nak mula sesi smester baru.. Dah dua(2) tahun rupanya aku mengikuti pengajian secara PJJ nie.. Cepat sungguh masa berlalu.


My lover.,
Do you prefer I stay at home and watching anime/korean drama/japanese drama OR walk around..>>?

Wednesday, December 24, 2008

Gementar kerana dia..??!!

Minggu lepas (jumaat bsamaan 19.12.08), aku pergi ke satu jbtn kerajaan nie. Adalah skit urusan kt kaunter jbtn nie. Aku gmbarkan orang yang kat kaunter nie sebagai tak peramah. Sebab dia tak senyum, respon kurang(means tak banyak ckap ~ sebab pada pendapat aku, orang duk kt kaunter nie kalau ada perkara yang ditanya oleh pelanggan mcm aku ni(kebetulan dia kata dokumen yang aku nak submit nie tak lengkap)..dia perlu memberi penjelasan dengan lengkap bukan sepatah jawapannya mcm tak lengkap nie, tak boleh, tak tue nie lah.. Aku mempunyai emosi yang baik sebelum tu, tapi dia bersikap mcam tue..tak layan je, aku rasa bengang sangat. Jadi protes aku pun bermulalah.! Aku memang tak senyum jg tapi aku masih lagi dapat kawal intonasi suara, memek muka ketika itu dan yang penting ucapan trima kasih aku tak lupa ucapkan.
Kisah itu berlanjutan lagi..membawa kepada hari isnin yang lalu. Dalam hati aku berdoa sangat supaya tidak perlu dilayan oleh kaunternya.(ada 2 kaunter lain). Rasa gementar. Bercampur gugup. Bukan kerana aku takut menghadapinya. Tetapi ~ kerana aku sedang mengawal diri dari mempunyai emosi negatif. Berfikiran negatif terhadapnya. Aku berfikir ketika itu cara bagaimana pertemuan kali ini tidak berakhir dengan suatu pengakhiran yang negatif seperti pertemuan terdahulu. Because, setiap kali melihat wajahnya yang tak senyum, aku rasa bengang sangat. Tak patut orang yang duk kat kaunter tue, tak senyum. Thank God, akhirnya nombor giliran aku disebut tetapi bukan perlu menuju ke kaunternya. hhihi.
Namun suatu perkara yang jelas, jika kita tak nak orang marah / meluat / bengang melihat kita tak melemparkan senyuman (jika ia patut dilakukan melihat kepada situasi) seperti peristiwa di atas..atau tak nak peristiwa di atas yang sama berlaku keatas kita, baik senyum..atau berpositif sentiasa.

To:
Dear my lover, genki desu ka? Aishiteru.

Tuesday, December 23, 2008

~Kisah 2008~

Lebih kurang tinggal tujuh(7) hari lagi berakhirnya tahun 2008. Ada pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku dalam tahun ini. Semua peristiwa ini adalah amat mematangkan aku. Aku berubah menjadi wanita dewasa. Memang. Sedikit demi sedikit, secara perlahan - lahan, aku telah mengubah sedikit diri ini dari menjadi terlalu cepat marah kepada seseorang yang agak kurang marah. Aku, seorang yang suka bertindak dengan cepat. Kadang kala, ada tindakan itu tidak mengambil masa untuk dilakukan yang akhirnya boleh merumitkan keadaan. Memang. Aku suka begitu. Tak sabar. Semua perkara nak cepat dan harus segera.
2008 juga aku telah mengikat tali pertunangan. InsyaAllah, bulan 6 ini kami akan di akadnikahkan. Bercerita mengenai kisah cinta aku dan dia, aku akui bahawa tiada cinta aku untuk dia pada mulanya. Tetapi kebaikannya dan kasih sayang dia pada aku membuka hati aku untuk menyayanginya. Seperti gadis lain, aku adalah seorang gadis yang sangat suka berangan dan mengimpikan kisah - kisah cinta yang romantik dan romantis. Bertemu dengan lelaki yang tampan, berkarisma dan lengkap pakej sebagai lelaki yang sempurna seorang wanita. Sebagai seorang gadis yang didik dengan ilmu agama, tidak mungkin dapat aku mengatakan perkara - perkara yang membenci apabila seseorang itu ingin bersahabat apabila tindakannya kena pada gaya dan tempat. Apabila dah berkawan, tiada sayang aku untuknya. Namun aku menyedari, lebih baik mencari pasangan yang lebih menyayangi diri kita dari kita lebih menyayangi dirinya. Sejarah sebegitu pernah berlaku dalam hidup. Aku menyukai seseorang yang aku sendiri tak pasti sama ada dia menyukai aku. Keadaan itu sebenarnya meletihkan. Sekuat mana kita berusaha, kita mencuba mengambil hatinya dan menarik perhatian...akhirnya kita sendiri yang sakit. Memalukan kita sendiri apabila dia sendiri sedang cuba memikat hati gadis lain. Ia benar menyedarkan aku betapa aku akan letih jika pasangannya aku tidak mencintai aku sebanyak mana aku menyintainya. Namun kini, aku bertemu dengan seseorang yang menyintai aku. Harus sedar juga, kepercayaan tidak boleh seratus peratus(100%) kepadanya. Kerana kita perlu simpan untuk diri sendiri agar tidak jatuh rebah terus apabila kepercayaan itu dikhianati suatu hari nanti.
Antara impian aku bagi tahun 2008 nie ialah mencapai pointer 3.00 keatas. Nampaknya ia tak terlaksana untuk tahun ini. Tak pe, i'll try next year. One more..aku melahirkan sebuah buku. Sama juga nasib aku untuk impian ini. Akan aku bawa ke tahun 2009.

Ja ne..
~Gud night my lover~