Lebih kurang tinggal tujuh(7) hari lagi berakhirnya tahun 2008. Ada pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku dalam tahun ini. Semua peristiwa ini adalah amat mematangkan aku. Aku berubah menjadi wanita dewasa. Memang. Sedikit demi sedikit, secara perlahan - lahan, aku telah mengubah sedikit diri ini dari menjadi terlalu cepat marah kepada seseorang yang agak kurang marah. Aku, seorang yang suka bertindak dengan cepat. Kadang kala, ada tindakan itu tidak mengambil masa untuk dilakukan yang akhirnya boleh merumitkan keadaan. Memang. Aku suka begitu. Tak sabar. Semua perkara nak cepat dan harus segera.
2008 juga aku telah mengikat tali pertunangan. InsyaAllah, bulan 6 ini kami akan di akadnikahkan. Bercerita mengenai kisah cinta aku dan dia, aku akui bahawa tiada cinta aku untuk dia pada mulanya. Tetapi kebaikannya dan kasih sayang dia pada aku membuka hati aku untuk menyayanginya. Seperti gadis lain, aku adalah seorang gadis yang sangat suka berangan dan mengimpikan kisah - kisah cinta yang romantik dan romantis. Bertemu dengan lelaki yang tampan, berkarisma dan lengkap pakej sebagai lelaki yang sempurna seorang wanita. Sebagai seorang gadis yang didik dengan ilmu agama, tidak mungkin dapat aku mengatakan perkara - perkara yang membenci apabila seseorang itu ingin bersahabat apabila tindakannya kena pada gaya dan tempat. Apabila dah berkawan, tiada sayang aku untuknya. Namun aku menyedari, lebih baik mencari pasangan yang lebih menyayangi diri kita dari kita lebih menyayangi dirinya. Sejarah sebegitu pernah berlaku dalam hidup. Aku menyukai seseorang yang aku sendiri tak pasti sama ada dia menyukai aku. Keadaan itu sebenarnya meletihkan. Sekuat mana kita berusaha, kita mencuba mengambil hatinya dan menarik perhatian...akhirnya kita sendiri yang sakit. Memalukan kita sendiri apabila dia sendiri sedang cuba memikat hati gadis lain. Ia benar menyedarkan aku betapa aku akan letih jika pasangannya aku tidak mencintai aku sebanyak mana aku menyintainya. Namun kini, aku bertemu dengan seseorang yang menyintai aku. Harus sedar juga, kepercayaan tidak boleh seratus peratus(100%) kepadanya. Kerana kita perlu simpan untuk diri sendiri agar tidak jatuh rebah terus apabila kepercayaan itu dikhianati suatu hari nanti.
Antara impian aku bagi tahun 2008 nie ialah mencapai pointer 3.00 keatas. Nampaknya ia tak terlaksana untuk tahun ini. Tak pe, i'll try next year. One more..aku melahirkan sebuah buku. Sama juga nasib aku untuk impian ini. Akan aku bawa ke tahun 2009.

Ja ne..
~Gud night my lover~
No comments:
Post a Comment