Pages

Friday, December 26, 2008

Ex-Clasmate.History!!

1st ~ HAri nie aku tak pergi ke kerja. Bukan aku ponteng tapi berlaku kematian dalam keluarga ayah aku, iaitu kakak kepada ayah aku telah kembali ke rahmahtulllah dalam usia 85 tahun.. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin.

2nd ~ Hari nie juga, aku terserempak dengan rakan sekelas masa sama2 tingktn 5 di SMKR. Dah lama juga tak jumpe. Rasanya selepas tamat sekolah. Kitaorang( Aku n Teman Sekelas) kerap melakukan reunion, tapi dia ni jarang terlibat memandang ketika itu dia sudah mula merantau jauh, berbanding dengan kami yang lain yakni masih student dan berjumpe setiap kali cuti semester. He is a guy. This guy ni dulu dijadikan bahan usikan oleh teman baik aku. Sengaja kenen - kenen aku dengan dia. Itu cerita dulu. Sekarang dia dah jadi pegawai polis. Bertugas kat Pasir Mas, Kelantan. Kisah cinta dia dengan kekasihnya sekarang tak kurang hebatnya juga. Aku rasa percintaan mereka dah hampir menjangkau 8 tahun. Ia bermula dari dia tingkatan 5 dan girl itu di dalam tingkatan 2. 8 tahun, mesti banyak dugaan merek terutama dengan dipisahkan oleh masa, jarak, status diri antara pelajar dan bekerja.,mesti ada perbezaan. Alhamdullillah, mereka masih lagi bersama.

3rd ~ Aku sering mengimpikan sebuah kisah cinta yang tragis dan indah. Namun begitu, aku tidak berani untuk cuba menglangkau dari kemampuan dan kesepatutan yang boleh aku lakukan.



Dear my love:
Plz take care of yourself and more carefully doing yr job ~ expecially in operation.

No comments: