Minggu lepas (jumaat bsamaan 19.12.08), aku pergi ke satu jbtn kerajaan nie. Adalah skit urusan kt kaunter jbtn nie. Aku gmbarkan orang yang kat kaunter nie sebagai tak peramah. Sebab dia tak senyum, respon kurang(means tak banyak ckap ~ sebab pada pendapat aku, orang duk kt kaunter nie kalau ada perkara yang ditanya oleh pelanggan mcm aku ni(kebetulan dia kata dokumen yang aku nak submit nie tak lengkap)..dia perlu memberi penjelasan dengan lengkap bukan sepatah jawapannya mcm tak lengkap nie, tak boleh, tak tue nie lah.. Aku mempunyai emosi yang baik sebelum tu, tapi dia bersikap mcam tue..tak layan je, aku rasa bengang sangat. Jadi protes aku pun bermulalah.! Aku memang tak senyum jg tapi aku masih lagi dapat kawal intonasi suara, memek muka ketika itu dan yang penting ucapan trima kasih aku tak lupa ucapkan.
Kisah itu berlanjutan lagi..membawa kepada hari isnin yang lalu. Dalam hati aku berdoa sangat supaya tidak perlu dilayan oleh kaunternya.(ada 2 kaunter lain). Rasa gementar. Bercampur gugup. Bukan kerana aku takut menghadapinya. Tetapi ~ kerana aku sedang mengawal diri dari mempunyai emosi negatif. Berfikiran negatif terhadapnya. Aku berfikir ketika itu cara bagaimana pertemuan kali ini tidak berakhir dengan suatu pengakhiran yang negatif seperti pertemuan terdahulu. Because, setiap kali melihat wajahnya yang tak senyum, aku rasa bengang sangat. Tak patut orang yang duk kat kaunter tue, tak senyum. Thank God, akhirnya nombor giliran aku disebut tetapi bukan perlu menuju ke kaunternya. hhihi.
Namun suatu perkara yang jelas, jika kita tak nak orang marah / meluat / bengang melihat kita tak melemparkan senyuman (jika ia patut dilakukan melihat kepada situasi) seperti peristiwa di atas..atau tak nak peristiwa di atas yang sama berlaku keatas kita, baik senyum..atau berpositif sentiasa.
To:
Dear my lover, genki desu ka? Aishiteru.
No comments:
Post a Comment