Idea..!! Idea.!!Cepatlah datang dalam kotak pemikiran, di dalam minda aku nie.
Aku perlukan idea sekarang.. Nak siapkan tugasan. Nak wat persiapan perkahwinan lagi. Dengan tekanan yg ntah bagaimana lak boleh muncul ~ aku pun tak pasti. Tekanan yang aku maksudkan ini ialah kerisauan seseorang thadap tindakan yang aku ingin ambil dalam masa 5 bulan akan datang. Aku jadi bengang.buntu.tekanan. Sedangkan perkara ni tak patut timbul. Mungkin juga silap aku.Kerana melenting tanpa sebab dan tak tahu nak bersabar dan tenangkan fikiran dalam keadaan tersebut. Menyesal juga tindakan melulu aku tadi.. Akhirnya, aku sendiri yang berada dalam tekanan.!
Thursday, January 15, 2009
Monday, January 12, 2009
Assigment Yg 'BERAT'
Lama tak melayari internet..kerana apa? Kerana ada kerja lain. Kalau aku tak ada kerja, melayari internet macam dah jadi habit lak. Kadang2 tu rindu juga kat tue.
Dua hari ni, aku g ulang alik ke UPM tapi sesuatu yang tak sangka ialah aku sempat balik kampung halaman semalam dan kembali ke KL pagi ini. Tapi itu semua atas sebab - sebab tertentu dan biarlah sebab itu menjadi cerita aku dan keluarga serta mereka yang terdekat.
Banyak juga tugasan untuk sem. ini tapi yang agak mengembirakan aku sedikit ialah apabila ada di antara tugasan tersebut(terutama yang kritikal) adalah tugasan individu. Antara tugasan sec. individu dan group, aku lebih 'berkenan' dengan tugasan secara individu. Semuanya juga atas sebab2 tertentu dan biarlah aku aje yang menyedarinya kenapa.
Assigment kali ini agak berat tapi aku rasa memang patut pun memandangkan jurusan yang aku ikuti serta melihat kepada tahap semester berapa aku berada. Itu semua perlu di ambil kira. Nak senang dan mudah, xpayah belajar. Xda orang yang paksa aku mengikuti pengajian ini...jadi jangan nak menyalahkan orang, nak mengeluh, nak give up atau apa2 yang melemahkan sebab apa yang sedang berlaku kini adalah aku sendiri mahukan.
Aku yang pilih jalan ini. ~Kata - kata ni ditujukan kepada diri sendiri~.!
Setiap jalan yang aku lalui kini, adalah pilihan sendiri..jadi aku mesti menjadi seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pilihan ini.!
Wednesday, January 7, 2009
Magical Girl Lyrical Nanoha! Season 3...
Tak sangka aku dah download anime nie sehingga season 3. Season 3, Nanoha-chan da jadi dewasa. Orang lain semua dah panggil dia Nanoha-san.. haha..maknanyer dia sudah menjadi kakak di kalangan yang lain.. Tapi mcm boring skit lak season 3 nie. Anyway, aksi tetap ada..
Tadi, aku berkesempatan pergi ambil modul untuk semester baru nie. Macamni lah setiap kali sem baru bermula. Semangat berkobar - kobar. Wah wah.. Aku memang tak sabar nak tunggu Sabtu ni~Nak g Face To Face pertama kat UPM tu. Nak jumpa lecturer yang bakal bagi markah tugasan kat aku.. Tapi yang bakal mengajar orang lain.. Macam ne tue.? Itulah PJJ - Pengajian Jarak Jauh. Aku tgk cover modul pun dah ada perbaharuan. Cover sahaja lebih berseri tapi isi dalam buku tu tetap sama. Jangan nilai buku dari kulit nya! Istilah tu dah membawa maksud yang pelbagai sekarang nie. Macam orang zaman sekarang suka kata, "perempuan bertudung tu tak semestinya baik.".. Tak tercabar ke korang yang pakai tudung bila ada orang bagi anggapan begitu.. Ada di antara tu, perempuan sendiri kata.. Ishh..Aku tercabar!..
Apa yang menanti esok..? Hari yang sibuk skit..! Tapi tak pe, aku suka...

Agresif kah aku..?
Hari ini ada short meeting skit dengan GM aku dan new engineer. Perbincangan mengenai 'site visit' esok. At the last meeting, GM aku ni tanya kat engineer ini, macamne Iza ini, dia agresifkah.?
Then, engineer baru nie tanya aku lak..kenapa bos cakap macam tue? Kau nie agresif kah.? Tue dia!..
Aku nie agresifkah..?hihii..

Tuesday, January 6, 2009
Histeria!!
Last weekend, i watched Histeria di cinema, Alamanda. Teringin nak tgk movie ini memandangkan cerita ini telah berjaya mengalahkan Cicak Man dari segi kutipan wang nya. So, apa pendapat korang mengenai mengapa Cicak Man tewas di tangan filem Histeria ini.? Selama ini, kita di war - war kan dengan kehebatan Cicak Man ~ Planet Hitam dan juga kesinambungan dari kejayaan filem Cicak Man yang terdahulu, mesti akan ada sesuatu yang membuat umum ingin pergi menontonnnya.
Apapun, movie ini bukanlah kategori 'Habiskan Duit Tiket Wayang'. Berbaloi membayar wang untuk tiket movie ini. Pelakon yang paling aku suka kat dalam movie ini ialah Scha. Aku tak minat padanya tapi di dalam movie, lakonan yang paling aku suka ialah Scha. Itu je.!
My lover..
Thanks for belanja.!
Monday, January 5, 2009
My Car Menjadi Saksi..
Nak tahu apa terjadi di kawasan aku beberapa hari yang lalu.? Berlaku satu cubaan merompak di sebuah kedai kek yang selang beberapa buah lot kedai dari pejabat aku..
Sebenarnya, sebelum kejadian tersebut berlaku, aku baru beberapa minit pulang ke rumah yang berada di tingkat atas lot kedai itu. Sambil berbual dengan lover, aku dengar jeritan. Aku cuba melihat ke bawah, tapi suasana kelihatan tenang. Dalam hati terdetik juga 'Kalau ada orang gaduh sekalipun, janganlah kena kat kereta aku.'
Lebih kurang 15mint kemudian, aku bercadang untuk keluar. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, aku melihat orang ramai dengan kenderaan polis turut berada di situ. Aku melihat ke arah yang menjadi tumpuan ramai, oh tidak!. Ia tertumpu di kereta aku. Aku dah gelabah. Habislah kereta aku. Menurut cerita, seorang penyamun telah cuba menyamun kedai kek tersebut. Penyamun tersebut bersenjatakan parang. Di dalam kedai kek tersebut terdapat dua orang pekerja ~ adik beradik yakni owner kedai itu. Yang adik telah mengambil pisau pemotong roti dan melibas belakang pinggang penyamun tersebut. Manakala yang abang telah terkena libasan parang penyamun tersebut di bahagian kepala. Pergelutan atau pergaduhan antara mereka membawa ke luar kedai -iaitu kaki lima kedai. Di hadapan kaki lima kedai itu terletaknya kereta aku. Darah mengalir ke bawah kereta. Sebelum itu, aku bimbang kereta aku terpalit darah - darah mereka. Setelah periksa, mujur tiada darah terpalit pada kereta. Namun, untuk beberapa saat / ketika, aku tidak berani menghampiri kereta itu. Kebetulan, aku memang nak jumpa tunang aku pada malam itu. Dia nak ambil kereta itu untuk di servis. Jadi, kedatangannya aku nanti untuk mengalihkan kereta itu. Hamisnya bau darah!..

Friday, January 2, 2009
Hari2 Mberangsangkan..!?
Aku masih lagi berfikir, apakah impian aku bagi 2009 ini? Sebenarnya, aku belum lagi menyenaraikan apakah impian - impian aku bagi 2009. Mungkinkah aku sudah menjadi seorang gadis yang tidak bercita - cita besar lagi? Seorang gadis yang penuh dengan impian yang warna - warni. Tidak! Aku takut memikirkannya. Kerana seseorang yang tiada impian, ibarat mereka yang tewas ditangan sendiri. LEmah dalam segala - galanya.
Seperti yang pernah aku tulis dalam post sebelum nie, impian aku di 2009 ialah membawa impian 2008 yang tidak dapat aku penuhi di 2008. Antara 3 impian aku di 2008, hanya 1 sahaja dapat aku penuhi. Alhamdullillah. Dua lagi, aku harap dapat penuhinya di 2008.
Pertama, aku nak terbitkan sebuah buku. Bukanlah aku menjadi penerbit. Maksud aku ialah menghasilkan sebuah buku. Aku masih lagi memikirkan apa jenis buku itu. Dari last year, aku mencari rangka bagi buku aku ini tapi sering ia di fikirkan semula. Aku kadang kala buntu kerana setiap kali ada idea, idea itu kemudian menjadi layu semula. Semangat sering turun naik. Susah nak maintain. Nak tulis secara berterusan, aku jenis cepat bosan terhadap sesuatu itu. Dan ia membuatkan aku sukar juga menghasilkan penulisan dalam kadar segera. Macamne ekk.?
Impian aku yang ketiga ~ aku nak dapat keputusan yang paling baik. Paling bagus. The bestt..!! Aku target pointernya. Tapi xdapt juga capai. Walaupun ada peningkatan, tapi ia masih belum mencapai sasaran. Jadi, aku akan terus mencuba.
Dan kini, ada sesuatu perkara yang aku ingin terus lakukan di tahun 2009. Iaitu AKU INGIN PASTIKAN BAHAWA HARI - HARI AKU LALUI ADALAH SANGAT BERMAKNA. Setelah aku fikir-fikirkan, perkara yang paling baik dan bakal membuatkan aku gembira ialah, pastikan apa yang dilakukan adalah samada dalam pelajaran atau pekerjaan ialah melakukan yang terbaik. Utk kepuasan diri sendiri yang utama. Mungkin untuk memberi kepuasan atau memenuhi kehendak orang lain adalah sukar tapi yang penting aku nak gembira kan diri sendiri terlebih dahulu dan menghargai diri sendiri adalah lebih penting..
Berdiri demi diri sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)