Pages

Thursday, February 21, 2008

Aku Jatuh Cinta!

Aku jatuh cinta!
Hahaha. Aku rasa ingin ketawa saja saat ni, dan sebenarnya ketika ini aku sdg tersenyum sendirian sambil menaip di komputer ini kerana mengenangkan aku sedang dilamun cinta dengan aktor korea dalam drama yang aku sedang tonton sekarang ni di internet. Tajuknya, Bad Love-K-Drama. Aku mmg jatuh cinta habis dengan aktor ni. Dlm drama yang terdahulu (Into the Sun) pn aku jatuh cinta juga dengannya. Setiap watak yang dilakonkan amat sesuai dengan dirinya(pada akulah), badannya yang tegap itu..mmg menonjolkan kekacakkan. Begitu juga dalam drama terbarunya ini, menjadi seorang pencinta yang sangat setia dan menyayangi kekasih tetapi kadang kala rasa sayangnya itu membuat orang yang disayang terluka..
Wah..wah, arini aku asyik bercerita dengan drama korea sahaja. Memanglah, sebab drama korea ni terlalu romantik dan puitis. Kadang kala membuai jiwa dan perasaan seperti dilamun cinta kali pertama. Sering membuatkan aku berperasaan romantis. hai..hai.

No comments: