Rindu pada siapa..? Emm, xder saper pun nak dirindui melainkan rindu pada mak kat kampung tue.. Dua hari kereta aku tidak bergerak dan paling menyedihkan ialah aku terpaksa berjalan kaki pergi ke kelas pada ahad yang lalu. Perjalanan aku dari rumah ke Baitulmal mengambil masa 20 minit untuk berjalan kaki. Jarak tidaklah sejauh mana, malah aku boleh lihat bangunan itu dari rumah dgn jelas. Cuma laluan menjadi semakin jarak kerana perlu melalui jalan yang tidak dapat dipintas. Sib baik hanya perlu merentasi kawasan perumahan sahaja. Nasib aku pagi itu masuk ke kelas lambat. Lebih kurang 40 minit aku lewat. Xkisahlah, yang penting aku hadir juga ke kelas pagi itu. Berbalik pada cerita kereta aku tadi. Masalah kereta aku ialah battery. Pagi isnin semalam, aku minta tolong jiran, 'jumper' kereta tu. Bolehlah ia bernyawa tetapi nak memandu ke kedai untuk tukar battery, no money lak pula. Kesudahannya, aku biarkan sahaja dahulu kereta. Mujurlah kereta tu dah memang tersedia di park di depan rumah(merangkap) di depan pejabat. Jadi, ia sentiasa berada di dalam pemantauan aku. Malam tadi, bf aku datang untuk tukar battery. Alhamdullillah, semua dah selamat. Kereta dah ok. Esok bolehlah aku hantar anak saudara aku ke nursery. Kesian dia, terpaksa jalan kaki di saat matahari tegak di kepala ke nursery. Bila aku tanya dia 'Anis penat tak? Anis panas tak jalan kaki?'. Dia cume jawab tak.. Hai, kuatnya dia. Mampu bertahan dalam apa keadaan. Cuma dia tak tahan jika tidak diperdulikan. Sensitif. Jap lepas tu mesti nangis.
Esok, 'kawan' aku akan kembali. Bagaimana nak berhadapan dengannya? Mengikut perancangan aku, bertindak seperti biasa. Itu sahaja. Namun begitu, perkara yang sebenar atau realitinya esok adalah bergantung kepadanya. Xkisahlah. aku ada banyak lagi perkara nak difikirkan dan ada lagi hati yang lagi penting perlu aku jaga.
No comments:
Post a Comment