Pages

Wednesday, February 20, 2013

yang pertama d 2013

  • Apa yang menarik untuk ditulis di dalam blog ini?
  • Sebenarnya aku telah terlupa akan kata laluan blog ini. Dan kemudiannya, hidup telah menjadi indah dan lebih teruja setelah bergelar ibu kepada seorang anak yang kini berusia setahun sebulan. Melalui fasa kesedihan di mana kami kehilangan anak yang pertama (kat blog ni aku ada crite detik2 mengandung yg pertama) dan alhamdullilah, Allah swt tidak membiarkan kami masa yang lama untuk yang kedua. Kita diuji sebelum ini, kami bersyukur kerana kami tahu orang yang diuji itu adalah kerana Allah swt sayang kepadanya. Right.? So, kita perlu senyum bila menerima sesuatu ujian dan dugaan.
  • Kehidupan hari - hari memang indah. Walaupun kadang kala kita berada dalam situasi yang tertekan, kesedihan, kebuntuan, dan kemurungan...akan tetapi setiap kali aku beristigfar..maka kita akan kembali kepada kewarasan akal. Nak tahu tak, bila ada medium internet, aku rasa kita tak perlu kaunselor. Kalau nk perkhidmatan kaunseling, pergi je google or log in je facebook, macam2 kita boleh dapat. Kat google @ facebook kita boleh pilih kaunselor mana yang korang suka. Tak perlu malu untuk mendapatkan khidmat kaunselor. Sebab kita tak perlu luah pada sesapa. Kita sendiri boleh tahu apa masalah, apa kemahuan kita. Bagaimanapun, waktu tu jangan ego dengan diri sendiri. Tak guna search apa2 kt google disebabkan diri sendiri tak tolong diri sendiri.
  • Bila melalui fasa mengenal orang sekeliling, memang ada tempoh yang berdiam. Kerana apa.? Kerana tidak tak tahu nak melangkah atau mengundur. Mengundur tak boleh kerana kita tidak membantu apa. Ke hadapan langkahannya pun tak boleh disebabkan istilah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa jadinya. (Disini bukan difokuskan pada hubungan kekasih or suami isteri). Hubungan lebih kepada manusia penghuni alam. Perlu hormat orang tua. Perlu hormat penghuni terdahulu. Perlu hormat harta orang terdahulu. 
  • Hari ini ada program taklimat di Mardi. Menghadiri sesuatu taklimat kadang kala tidak digemari oleh orang. Akan tetapi aku suka. Aku suka tengok tempat orang. Aku suka tengok orang. Aku suka memerhati gelagat orang. Aku suka ilmu disampaikan penyampai taklimat(itu tujuan utama). Aku suka ambik tahu. Walaupun ia tidak berkaitan dengan aku. Tapi aku suka ambik tahu. Kerana aku tahu suatu hari ia akan berguna terutama dlm pembentukkan pengetahuan am aku dan juga ketika dalam perbincangan aku bersama suami. Biar tidak mejadi isteri yang berkerjaya hebat tetapi boleh menjadi teman perbincangan serta pencetus idea untuk suami. Partner dalam segala sudut keperluan manusia.
  • Terima kasih.

Saturday, April 9, 2011

[s.e.m.i.n.a.r]



secara ringkas:

Bertarikh 07.04.2011, satu seminar kontraktor bumiputera diadakan di dewan ABM, Jln Chow Lin yang telah disertai oleh aku. Seminar itu telah diadakan selama 3 hari(tapi peserta perlu memilih satu hari sahaja krana ketiga - tiga hari itu adalah seminar yang sama.)


Tak dapat nak di ringkaskan mengenai seminar itu ketika ini. Maybe next time..

Saturday, March 19, 2011

[p.e.r.a.s.a.a.n]

Kata orang penantian suatu penyiksaan.
Bagaimana dengan kata aku pulak.? Siksa tu tidak sakit, namun ia membuat hati tidak keruan sehingga tidak tahu apa patut dilakukan. Nak menanti, atau nak lakukan perkara lain. Sudah dua kali melakukan ujian tersebut tetapi tiada lagi tanda positif. Namun aku yakin dan percaya kepada kuasa Allah, InsyaAllah akan berhasillah ia. Aku akan terus menanti dari minggu ke minggu sehingga petanda yang jelas muncul. Petanda awal memang kelihatan tetapi sukar untuk disimpulkan sehingga ke hari - hari seterusnya. InsyaAllah, akan ada..
Aku akan terus menanti.

Friday, March 4, 2011

[G.0.0.D L.U.C.K]

Ucapan yang mudah, ringkas dan mungkin merangkumi segala maksud. Adanya ucapan itu, tidak perlu seseorang itu nak mengarang ayat yang lebih panjang atau ambik pen & kertas dan mengarang sebuah ucapan terbaik utk seseorang itu... Segalanya perlu xpress utk zaman global ini. Satu doa yang diringkaskan tetapi banyak pengertiannya.[tapi ikhlaskah mereka2 ini..?]. Keikhlasan orang, jangan dipertikaikan...Ada ketika, yang zahir kelihatan lebih penting dari memikirkan batin seseorang itu kerana..jika pelbagai andaian di lakukan, kemungkinan akan bertukar kepada fitnah... B.e.r.d.o.s.a tak fitnah itu..? Tentulah...
Diakui, kadang kala kita tidak akan ikhlas dalam sesuatu perlakuan. Kalau seseorang itu tidak ikhlas, masakan yang sedap tiap2 hari itu pn akan terlebih masin gara - gara memasak dalam keadaan yang marah or tidak iklhas.
Apapun, aku nak dedikasi kan lagu 'S.E.N.Y.U.M' untuk semua yang membaca entry ini... Tapi ada pembaca ker..? end.
*gud luck utk staff kt ofis yg seperti ada angin nk bpindah.

Tuesday, March 1, 2011

[m.a.s.a]

Kata orang masa boleh mengubat segala rasa. Samaada ia kedukaan, kegembiraan, kemarahan dan sebagainya. Hari ini kita akan ketawa gembira tapi esok kita akan bersedih kedukaan. Hari ini kita bersedih tapi esok atau lusa kita akan gembira semula. Hari ini kita akan mengalami rasa amarah tapi amarah itu akan reda setelah melalui beberapa peringkat masa. Amarah itu mungkin tidak reda secepat masa yang diambil untuk kita ketawa, tetapi ia akan tetap akn reda. Ada yang mengambil 2-3 hari. Ada juga mengambil sebulan. Ada yang mengambil 2-3 tahun. Kemarahan mungkin akan sedikit reda, tapi ada sesetengah kes itu, amat sukar memohon kemaafan krn perkara berkaitan kemarahan itu tadi.
Dalam hubungan suami isteri, tiada amarah yang benar - benar wujud. Ia cuma 'alternatif' untuk mengindahkan lagi kemesraan suami isteri. Tiada 'gaduh-gaduh manja', maka tidak wujudlah pujuk rayu si suami atau si isteri terhadap pasangannya. Namun apabila babak amarah ini bertukar kepada kebosanan kepada pasangan untuk memujuk, harusla kita berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena perlu difikirkan, dikaji dan mencari penyelesaian.
Hari ni, 'perasaan amarah' yang membelenggu sedikit 'sejuk'. Istilah kemaafan tiada dalam kes ini. Namun amat sukar menerima perlakuan individu tersebut. ~end.

Thursday, February 24, 2011

[r.a.s.a dikhianati]

Korang pernah mrasai perasaan dimana kita dikhianati..?

Rasa G.E.R.A.M, B.E.N.C.I dan M.A.R.A.H. Bertambah menyakitkan lagi apabila segala rasa itu tidak dapat diluahkan kpd pihak berkenaan. Memendam sgala rasa marah di dalam lubuk hati shingga menyebabkan orang lain terkena tempias. Gagal mengawal rasa amarah mwujudkan sikap tidak professional orang itu. Dan akhirnya dia menjadi org yang tewas..

Sesetengah perkara perlu bertindak mengikut situasi. Jangan buka pekung org lain jika orang itu tidak menganggu diri kita. Nanti kita akan kelihatan lebih jahat kerana bertindak dahulu menganggu orang lain walaupun anda mgkin kelihatan benar. Tapi seperti yang aku kata, sesetengah perkara adalah mgikut situasi.

Jangan buat orang benci kita. Skarang ni adalah zaman peralihan di mana saling berkasih sayang sedang mengambil alih dunia. Maksud aku saling berkasih sayang adalah:
i) berjumpa dengan orang utk pertama kali: mereka bersembang dengan rancak dan mesranya. knp?
ii) situasi saling bersalaman (golongan muda sesama golongan muda) dan saling berlaga pipi. Aku rasa perkara ini dahulu dipraktikkan oleh golongan 40-50an dan yg muda dgn yg tua.
iii) kerapnya ada pertemuan sosial (riadah kt pntai, permainan) antara keluarga rakan sekerja utk merapatkan hubungan.
iv) wlaupun tidak kenal orang itu, senyuman tetap dilemparkan. Ikhlas? Tidak pasti.
v) Setiap 1 dari sejuta rakyat Malaysia mpunyai hubungan persahabatan yang ramai.

akan tetapi, adakah ini punca ramai yang tidak mahu berkahwin or berlakunya peningkatan kadar penceraian..?

Monday, February 21, 2011

[update seMinGGu]

It's monday.

[Program semalam adalah ke UPM menghadiri F2F yg ke2 utk semester ini. Ada dua subjek smlam. Kelas pertama bmula pukul 8.30am. Kelas kedua pukul 10.30am. Bosannya kelas yang kedua. Aku mngantuk thap tak bleh buka mata. Nak terlelap sungguh. Cuma memikirkan imej, aku brtahan jugak lagi...]

[Dua hari (Jumaat & Sabtu mggu lepas jgk), aku main badminton kt sports center sri gombak. Kul 12am - 1am aku tempah gelanggang tu. Bersama kengkawan si suami n isteri dia. Mmg meletihkan, tambahan pulak nak ke UPM pagi esoknya. Tapi aku seronok. Sronok jumpe orang. Dan yang best, dapat bertemu Ezan pada hari kedua aku kt sports center tu..]

[emosi tak berapa nak baik..Mmg nk marah. Tak puas kt seseorang tu tapi tak boleh nak marah..Sungguh menggugat jiwa..Kesian kepada org tersayang yg terkena tempias. Maaf sayang..]