Pages

Tuesday, February 26, 2008

Siapa di hatiku..

Siapa insan di hatiku..

Lelaki yang tahu menjaga maruah aku..
Lelaki yang tidak mementingkan nalurinya sendiri..
Lelaki tidak terlalu mengikut nafsunya..konon mengatakan diri ingin bermanja.,
Bermanja apa jika perempuan itu bukan miliknya..
Aku tidak ingin lelaki..yang menyentuh perempuan kesayangan dengan mengatakan kerana perasaan, dia bertindak begitu..
Adakah cintanya itu hanya bernafsu..?
Cinta memang tidak berakal..tapi aku tidak ingin lelaki yang tidak berakal kerana cinta..
Dia tewas kerana akal yang pendek..
Perlukah aku pada lelaki begitu?
Meminta bermanja kepada perempuan bukan miliknya..adakah dia hanya bernafsu tanpa kewarasan..?
Memamg aku memerlukan lelaki yang menyayangi aku sepenuh jiwa..
tapi perlu ia memeluk dirimu di khalayak?
Di mana maruah perempuan kesayangannya?
Layakkah dia menjadi suami jika maruah yang kecil itu diperlekehkan..?


>>>>Bencinya Aku<<<<

Thursday, February 21, 2008

Aku Jatuh Cinta!

Aku jatuh cinta!
Hahaha. Aku rasa ingin ketawa saja saat ni, dan sebenarnya ketika ini aku sdg tersenyum sendirian sambil menaip di komputer ini kerana mengenangkan aku sedang dilamun cinta dengan aktor korea dalam drama yang aku sedang tonton sekarang ni di internet. Tajuknya, Bad Love-K-Drama. Aku mmg jatuh cinta habis dengan aktor ni. Dlm drama yang terdahulu (Into the Sun) pn aku jatuh cinta juga dengannya. Setiap watak yang dilakonkan amat sesuai dengan dirinya(pada akulah), badannya yang tegap itu..mmg menonjolkan kekacakkan. Begitu juga dalam drama terbarunya ini, menjadi seorang pencinta yang sangat setia dan menyayangi kekasih tetapi kadang kala rasa sayangnya itu membuat orang yang disayang terluka..
Wah..wah, arini aku asyik bercerita dengan drama korea sahaja. Memanglah, sebab drama korea ni terlalu romantik dan puitis. Kadang kala membuai jiwa dan perasaan seperti dilamun cinta kali pertama. Sering membuatkan aku berperasaan romantis. hai..hai.

Tuesday, February 19, 2008

Rindunya di Hati

Rindu pada siapa..? Emm, xder saper pun nak dirindui melainkan rindu pada mak kat kampung tue.. Dua hari kereta aku tidak bergerak dan paling menyedihkan ialah aku terpaksa berjalan kaki pergi ke kelas pada ahad yang lalu. Perjalanan aku dari rumah ke Baitulmal mengambil masa 20 minit untuk berjalan kaki. Jarak tidaklah sejauh mana, malah aku boleh lihat bangunan itu dari rumah dgn jelas. Cuma laluan menjadi semakin jarak kerana perlu melalui jalan yang tidak dapat dipintas. Sib baik hanya perlu merentasi kawasan perumahan sahaja. Nasib aku pagi itu masuk ke kelas lambat. Lebih kurang 40 minit aku lewat. Xkisahlah, yang penting aku hadir juga ke kelas pagi itu. Berbalik pada cerita kereta aku tadi. Masalah kereta aku ialah battery. Pagi isnin semalam, aku minta tolong jiran, 'jumper' kereta tu. Bolehlah ia bernyawa tetapi nak memandu ke kedai untuk tukar battery, no money lak pula. Kesudahannya, aku biarkan sahaja dahulu kereta. Mujurlah kereta tu dah memang tersedia di park di depan rumah(merangkap) di depan pejabat. Jadi, ia sentiasa berada di dalam pemantauan aku. Malam tadi, bf aku datang untuk tukar battery. Alhamdullillah, semua dah selamat. Kereta dah ok. Esok bolehlah aku hantar anak saudara aku ke nursery. Kesian dia, terpaksa jalan kaki di saat matahari tegak di kepala ke nursery. Bila aku tanya dia 'Anis penat tak? Anis panas tak jalan kaki?'. Dia cume jawab tak.. Hai, kuatnya dia. Mampu bertahan dalam apa keadaan. Cuma dia tak tahan jika tidak diperdulikan. Sensitif. Jap lepas tu mesti nangis.
Esok, 'kawan' aku akan kembali. Bagaimana nak berhadapan dengannya? Mengikut perancangan aku, bertindak seperti biasa. Itu sahaja. Namun begitu, perkara yang sebenar atau realitinya esok adalah bergantung kepadanya. Xkisahlah. aku ada banyak lagi perkara nak difikirkan dan ada lagi hati yang lagi penting perlu aku jaga.